apa takrif sebenar bg 'agro'. adakah perkataan agro tani, agro ternak wujud dalam bahasa kita.. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanha atau ladang, mis dalam agrokimia dan agroteknologi. Perkataan agrotani dan agroternak boleh digunakan dalam istilah agropertanian. Ejaan yang betul ialah agroternak dan agrotani, bukan agro ternak dan agro tani. | Ejaan | 05.08.2014 |
bank agro atau agro bank dalam penulisan bahasa melayu | Frasa yang betul ialah Bank Agro. | Ejaan | 13.10.2009 |
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi. | Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Ejaan sebenar untuk perkataan agro makanan atau agro-makanan | agromakanan | Tatabahasa | 27.08.2007 |
apakah beza diantara AGRI dan AGRO....? bila masa kita boleh menggunakan AGRO dan AGRI ini? | Agro bermaksud awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm agrokimia dan agroteknologi. Tiada kata agri yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Adakah perkataan agro secara am nya boleh digunakan untuk perkhidmatan penyediaan makanan? Contoh: Nama syarikat yg menggunakan perkataan agro boleh menyenaraikan perkhidmatan penyediaan makan seperti katering? Nana syarikat : SHAZIE AGRO TRADING Adakah mama syarikat ini tidak boleh digunakan untuk tujuan penyediaan makanan seperti agromakanan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanah atau ladang seperti perniagaan memproses dan membekalkan produk pertanian, penternakan, pelancongan berasaskan pertanian dan sebagainya. Cadangan nama perniagaan yang sesuai untuk penyediaan makanan contohnya, SHAZIE KATERING SDN. BHD. | Lain-lain | 21.07.2020 |
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS? | Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani. | Istilah | 08.10.2010 |
Yang mana betul; "...agropelancongan dan ekopelancongan" atau "... agro dan ekopelancongan"? | Ungkapan yang betul ialah "agropelancongan dan ekopelancongan" kerana agro dan eko ialah awalan asing yang bergabung dengan kata dasar untuk membentuk istilah tertentu dan setiap satunya mempunyai maksud yang berlainan. | Tatabahasa | 06.06.2011 |
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | Encik Rusli,
Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan. Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~. Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan. Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan. | Makna | 07.01.2010 |
Selamat sejahtera. Apakah perkataan yang betul Agroteknologi atau Agro-teknologi? (perlu ada sempang atau tak) Pohon maklumbalas segera. Tkasih | Ejaan yang betul ialah agroteknologi. | Ejaan | 11.02.2011 |