apakah beza diantara AGRI dan AGRO....? bila masa kita boleh menggunakan AGRO dan AGRI ini? | Agro bermaksud awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm agrokimia dan agroteknologi. Tiada kata agri yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 08.10.2010 |
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS? | Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani. | Istilah | 08.10.2010 |