Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, me­ninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujuk­­an dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agung I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka?Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan KaryawanLain-lain13.06.2007
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa.    

 

 

Istilah24.02.2010
Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung?Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak).Tatabahasa23.09.2011
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasihEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan01.10.2012
maksud General meeting : adakah ianya ditafsirkan sebagai Mesyuarat Agung tahunan sahaja atau juga mesyuarat agung khasPadanan general meeting dalam bahasa Melayu ialah mesyuarat agung.Istilah24.11.2010
Beza perkataan Agong dan AgungBezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung).Lain-lain31.03.2010
1) Apakah perbezaan di antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMAT? 2) Apakah perbezaan di antara JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT?

Puan Ezma, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perbezaan antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMATdan JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT ialah setiausaha agung dan juruaudit biasanya dilantik dan dibayar gaji selain berkhidmat sepenuh masa. Manakala setiausaha kehormat, juruaudit kehormat dan bendahari kehormat biasanya mereka berkhidmat secara sukarela. Mereka in biasanya berkhidmat secara sukarela untuk NGO dan koperasi.

Makna19.03.2009
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong.Tatabahasa09.10.2012
apa beza antara "agong" dengan "agung"??Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua, seperti mesyuarat agung.Makna29.05.2011
Sila bagi penjelasan tentang ejaan AGUNG dan AGONG.Bilakah ianya digunakan?Agong hanya khusus untuk pemakaian Yang di-Pertuan Agong. Agung digunakan untuk pemakaian umum.Ejaan09.08.2006
1234

Kembali ke atas