Assalamualaikum. Antara (i) Allah Azza waJal, dan (ii) Allah Azza waJalla; (1) Istilah yang manakah digunakan dalam bahasa Melayu, (2) apakah ejaan Rumi yang setepatnya, dan (3) apakah terjemahan bahasa Melayu yang setara? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Ejaan yang betul merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Allah Azzawajalla. Terjemahan bahasa Melayunya ialah Allah Yang Maha Agung.
| Ejaan | 10.04.2014 |
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah. | 1. Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan". 2. Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet. 3. Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi: i. Sapaan - tetamu. ii. Objektif pertandingan. iii. Hadiah pertandingan. iv. Nama peserta/pasukan bertanding. v. Urutan/ atur cara pertandingan. vi. Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih. | Berikut adalah jawapan bagi soalan puan: 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan. 2. Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. 3. Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. | Tatabahasa | 19.11.2014 |