Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli agama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Azahari Abdullah Nov 10th, 9:30pm Terima kasih kerana memaklumkan kpd saya e-mel KP DBP. Info begitulah yg saya harapkan dan akan dimanfaatkan. Selain KP tentu ada pegawai2 lain seperti Ketua Jabatan atau seumpamanya yg boleh saya buat kawan utk menyampaikan hasrat saya ini. Ahli-ahli bahasa ni jangan cepat mengalah.. Saya tidak langsung nenyebut agar ilmuan dan agamawan diketepikan. Pakar-pakar agama dan Bahasa Arab memang diperlukan dalam komiti. Apa yg saya inginkan ialah DBP menerbitkan versi terjemahannya. DBP yg membentuk Jawatankuasa, DBP yg mempengerusikan jawatankuasa, tetapi mengundang mereka itu sebagai panel. Biar nisbah mereka lebih ramai pun tak mengapa.. Setahu saya hanya Terjemahan versi Yayasan Restu sahaja yg pernah melibatkan pegawai DBP dalam komitinya. Malangnya hanya seorang.. (Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh). Kenapa hanya seorang? Kenapa tak 3 orang, atau 5 orang? Namun, dengan seorang itulah saya dapat merasai kelainan dalam terjemahan versi Yayasan Restu kerana nampak lebih menghormati Bahasa Melayu.. Bolehkah tuan beri sedikit info tentang Ustaz Wan Abdul Hamid? Saya ingin menghubunginya.. Terima kasih.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Maklumat tentang Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh juga tidak ada dalam pangkalan data kami, kami difahamkan selepas bersara daripada DBP, Ustaz pernah berkhidmat di beberapa buah pertubuhan dan agensi, dan yang terakhir di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Lain-lain10.11.2014
Assalamualaikum.. Di sini saya ingin mengajukan soalan mengenai laras bahasa. Apakah peranan dan kepentingan laras bahasa dalam bidang keagamaan? Terima kasihLaras dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tatabahasa. Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Laras Bahasa Agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab dan diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Laras agama penting untuk memberi kefahaman dan keyakinan kepada khalayak bidang ini. Harap maklum.Makna03.10.2006
Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem..

Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran.

Lain-lain08.06.2017
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia.Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri.Lain-lain20.01.2014

Kembali ke atas