Perkataan ahli Bomba: 1) Adakah tulisan ahli Bomba, huruf B untuk Bomba perlu dalam huruf besar? 2) Adakah "ahli Bomba" kata nama am atau kata nama khas? | Huruf kecil kerana ahli bomba kata nama am. | Lain-lain | 10.01.2017 |
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos? | Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
Antara berikut ayat manakah bnetul? 1. Ahli bomba sedang memadam api. 2. Ahli bomba sedang memadamkan api. Apakah perbezaan "memadam" dan "memadamkan". Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Ahli bomba sedang memadamkan api. Kata kerja padam menerima apitan men-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif, memadamkan. Kata kerja transitif digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut. Dalam ayat ini, kata kerja transitif memadamkan menerima satu objek iaitu api. | Tatabahasa | 22.03.2018 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Salam sejahtera. Saya terbaca satu blog kesalahan tatabahasa yang mengatakan bahawa 'ahli bomba' salah yang betul ialah 'anggota bomba' kerana 'ahli' bermakna pakar. Adakah penerangan ini betul? saya masih berjumpa 'ahli bomba' di dalam kamus dewan. sekian terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan ahli juga bermaksud anggota. Oleh itu, ahli Bomba dan anggota Bomba, kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
1. Murid-murid ( menghiasi / menghiaskan / menghias ) pentas dengan kain dan bunga hiasan. 2. Ahli bomba ( mengguna / menggunakan ) kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. | 1. Murid-murid menghias pentas dengan kain dan bunga hiasan. - menghias, bermaksud menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain) 2. Ahli bomba menggunakan kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. - menggunakan, bermaksud melakukan sesuatu dengan ____ . | Tatabahasa | 30.09.2010 |
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'. | 1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu. 3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.
| Tatabahasa | 30.08.2014 |
Bagaimanakah penulisan perkataan 'bomba' ditulis di dalam sesuatu ayat? Adakah kesemua huruf besar atau huruf 'B' sahaja yang besar? Samada Bomba atau BOMBA? | bomba- 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran;
Pengejaan kata bomba adalah seperti yang dieja dalam Kamus Dewan, yang dilampirkan di atas. Jika merujuk Jabatan Bomba, maka huruf besar digunakan bagi huruf pangkal "B", iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sekian, harap maklum. Terima kasih. | Lain-lain | 04.02.2010 |