Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mencungkil. TK? | Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. Perkataan yang paling hampir dengan perkataan mencungkil ialah seperti mengorek, menimba, mendapat, mengetahui. Perkataan mencungkil lebih sesuai dalam konteks ayat yang dinyatakan. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'World Confederation of Businesses' sama ada, 'Gabungan Perniagaan Sedunia' atau 'Gabungan Dunia Perniagaan' atau terjemahan lain yang lebih tepat. Juga, tepatkah 'World Business Leader Award' diterjemahkan sebagai 'Anugerah Pemimpin Perniagaan Sedunia/Dunia' dan 'World Leader Businessperson Award' sebagai 'Anugerah Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia/Dunia'. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Terjemahan yang tepat untuk "World Confederation of Businesses" ialah Gabungan Perniagaan Sedunia. 2. "World Business Leader Award" diterjemahkan sebagai Anugerah Tokoh Perniagaan Sedunia. 3. "World Leader Businessperson Award" diterjemah sebagai Anugerah Tokoh Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2018 |
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu? | Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan. | Istilah | 17.05.2011 |
konvensyen | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun jika makna perkataan ini yang diperlukan , maknanya ialah persidangan ahli pertubuhan politik(perniagaan dll) untuk membincangkan sesuatu perkara. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 20.01.2009 |
Saya ingin tahu perbezaan definasi perkataan persidangan, konvensyen dan seminar. Adakah perkataan ini digunakan berdasar jumlah saiz penyertaan ? Sekian, terima kasih. | Encik Rosli terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Konvensyen - Perjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. (SEJ) persidangan - ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); séminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan | Makna | 18.11.2009 |
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. | Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. Dalam istilah perniagaan istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'. | Istilah | 29.05.2013 |
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih. | 1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu. 2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan. 3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal. 4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa . 5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain. | Makna | 22.10.2013 |
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); | Istilah | 01.07.2009 |
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |