Yang manakah lebih tepat; saintis atau ahli sains? Terima kasih. | Kedua-dua kata tersebut betul. Saintis/ahli sains merujuk orang yang pakar dalam bidang sains. | Makna | 11.04.2019 |
Salam, Tuan, Adakah terjemahan bagi "Lead Scientist" adalah "Saintis Utama"? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu bagi istilah lead scientist tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ahli sains utama bagi padanan bahasa Melayu perkataan scientist lead. | Istilah | 19.11.2013 |
Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul bagi 'data scientist'? | Belum ada istilah untuk data scientist dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah ahli sains data. | Istilah | 29.08.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tahu, bilakah istilah padanan rasmi bagi String Theory akan dimasukkan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Terlalu banyak terjemahan yang digunakan untuk memerihalkan String Theory dalam bahasa Melayu seperti Teori Tetangsi, Teori Dawai, Teori Tetali dan Teori Rentetan. Tanpa adanya istilah rasmi dalam PRPM, susahlah untuk ahli sains Malaysia untuk menulis berkaitan topik ini kerana tiada penggunaan seragam bagi String Theory. Bolehkah saya mencadangkan Teori Tetangsi dijadikan istilah rasmi kerana istilah lain kurang tepat. Dawai boleh disalah tafsir menjadi Wire Theory, Teori Tetali terlalu umum dan boleh membawa maksud tali yang tebal (rope) dan Teori Rentetan mungkin boleh disilap terjemah sebagai Sequence Theory. Teori Tetangsi merupakan perihalan yang agak baik buat masa kini kerana terbentuk daripada gandaan separa perkataan tangsi yang membawa maksud tali yang dilumas dengan lilin (untuk tali kail dan lain - lain). Tali tangsi halus sesuai untuk perihalkan teori ini yang ada penggunaan objek satu dimensi yang "halus". | Istilah yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479161/21479165. | Istilah | 25.01.2017 |
Kami juga mengadakan ceramah tentang sains dan matematik. Adakah frasa sains dan matematk itu perlu tulis dengan huruf besar? | Menurut data kami, sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik. | Ejaan | 05.04.2020 |
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | 1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya). 3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur. 5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain. 6. Muka pintu bermaksud ambang pintu. 7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; 8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; 9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan). Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan. | Makna | 26.11.2013 |
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan. 2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik. | Ejaan | 11.02.2012 |
Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 8:51am Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ke atas dua perkataan yang berbeza iaitu Juruteknik dan Juruteknologi. Adakah dua-duanya mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Hal ini kerana, saya telah cuba mencari di laman web DBP, tetapi masih bingung kerana kedua-duanya bermaksud sama. Walau bagaimanapun, kata akar bagi kedua-duanya adalah berlainan iaitu: 1) Teknik - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknik 2) Teknologi - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknologi Dari segi fahaman saya, teknik adalah sesuatu pengetahuan dan teknologi itu adalah hasil daripada pengetahuan itu yang menjurus kepada pembuatan mesin atau aplikasi. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan dengan tatanda awalan juru-: 1) Juruteknik: Seseorang yang mahir dalam sesuatu pengetahuan 2) Juruteknologi: Seseorang yang mahir dalam pengendalian sesuatu mesin atau aplikasi. Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 9:16am saya berharap pihak tuan/puan dapat menyelesaikan kesulitan saya. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih | Kata akar teknik dan teknologi membawa maksud yang berbeza, namun mungkin ada persamaan dalam hal yang tertentu. Dalam hal perjawatan istilah juruteknik digunakan bagi merujuk pakar dalam hal teknikal, manakala kepakaran dalam bidang teknologi menjurus terus kepada bidang tertentu. Tidak lazim digunakan istilah juruteknologi, sebaliknya pakar dalam bidang perubatan disebut doctor, pakar dalam bidang seni bina disebut arkitek dan pakar dalam bidang sains disebut ahli sains/saintis. | Istilah | 01.06.2015 |
SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR | Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP> 1. | Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata Pelajar | Izawati Adlin Nawi | Pelita Bahasa | 01/02/2003 |
2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan akta | Abdul Ghani Awang | Pelita Bahasa | 01/08/1996 |
3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umum | Abdullah Majid | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
5. Jika sains diajar dalam bahasa Inggeris | Cikgu Androd | Pelita Bahasa | 01/01/2001 |
6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan | KMH | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik | - | Dewan Bahasa | 01/07/2002 |
8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik | - | Pelita Bahasa | 01/07/2002 |
| Lain-lain | 26.05.2008 |