Apakah terjemahan untuk Warlock..terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "warlock" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan rujukan dalan internet, "warlock" bermaksud "a male witch, sorcerer, wizard or demon." Oleh itu, "warlock" boleh bermaksud ahli sihir lelaki, dukun atau hantu. | Istilah | 30.12.2013 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan. | Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | 1. Kasut kaca terlucut daripada kakinya. 2. Dia menyamar sebagai penjual pelita. 3. “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 4. Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya. 5. Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 6. Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya. 7. Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya. | Tatabahasa | 11.01.2012 |