apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!! | (1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam. (2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam. (3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam. Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita". | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Ahmad Insaf Syarqawi AHA 4.50 PTG Ahmad Insaf Syarqawi Ahmad Salam Dekat Pesta Buku PBKL ada jual buku Mantik dan Etnomantik karangan Dr Mat Rofa Terbitan DBP | Ada tuan. Sila datang ke reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn untuk memperoleh buku tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2017 |
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuan | Waalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328 | Lain-lain | 04.12.2016 |
Apakah pola ayat "Ahmad ialah guru"dan "Ahmad, guru" ? Adakah "ialah" termasuk Frasa Nama ? | Ayat Ahmad ialah guru merupakan sebuah frasa nama. Perkataan ialah sahaja bukan frasa nama tetapi merupakan kata pemeri. Kata pemeri bermaksud unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263 dan 264. | Tatabahasa | 18.01.2018 |
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana? | Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Ingin bertanya tentang peletakan tanda baca. Mana yang betul? Ali@ Ahmad ATAU Ali @ Ahmad Sekian. | Salam sejahtera, Penggunaan yang betul: Ali atau Ahmad. Simbol perlu dieja penuh jika dalam ayat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2019 |
Assalamualaikum. Yang mana satu betul? 1. DR. AHMAD BIN ALBAB atau 2. Dr. AHMAD BIN ALBAB | Ejaan yang betul: DR. AHMAD BIN ALBAB atau Dr. Ahmad bin Albab. | Ejaan | 27.09.2017 |
Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih. | Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen. | Istilah | 14.09.2017 |
Ahmad Fastaqim ISN 2.30 PTG assalamualaikum, ada lagi tak promosi satu set karya Syed hussain Al-Attas yang harga RM85.00 tu ? tq | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 08.05.2017 |
Ahmad Afendiyevich Kamalov SUN 09:38 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tanya soalan tentang ejaan Jawi Mengapakah sesetengah kata pinjaman Arab dieja dengan ejaan yang berbeza dari ejaan asal dalam bahasa Arab? Misalnya, perkataan "wabak" dieja "وابق" dalam tulisan Jawi tetapi dieja "وباء" dalam bahasa Arab asalnya. Perkataan "ingkar" dieja "ايڠکر" dalam bahasa Melayu, tetapi dieja "إنكار" dalam bahasa Arab. Kafir dieja "کافير" walaupun tiada ya dalam kalimat Arab asalnya. Sedangkan kata lawannya muslim dieja seperti perkataan Arab asalnya "مسلم". Adakah DBP maklum tentang perbezaan ini? Jika ya, mengapakah ia harus dieja dengan ejaan berbeza walaupun perkataan ini berasal dari bahasa Arab? Saya harap DBP mampu membalas mesej saya. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam, ejaan Jawinya dikekalkan seperti ejaan Arab, seperti معاملة. Kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam kata umum disesuaikan ejaan Jawinya mengikut sebutan dalam bahasa Melayu, seperti وابق. | Ejaan | 16.04.2017 |