| Salam. Penggunaan tanda koma yang manakah betul ? i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai. ii) Siti, Saras, dan Ai Ling pergi ke kedai. | Penggunaan tanda koma yang betul ialah ayat pertama: i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai. | Lain-lain | 19.10.2016 |
| 1. Guan Hong di rumah sedang memotong botol plastik. 2. Ai Ling di rumah sedang mengulang kaji pelajaran. 3. Fendi di pusat sumber membaca buku. Adakah 3 ayat ini betul? terima kasih encik/puan. | Ketiga-tiga binaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasa, iaitu merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal atau sekumpulan ayat tunggal yang telah disusun mengikut cara tertentu. Walau bagaimanapun, binaan ayat yang lebih sesuai adalah seperti yang berikut: i. Guan Hong sedang memotong botol plastik di rumah. ii. Ai Ling sedang mengulang kaji pelajaran di rumah. iii. Fendi membaca buku di pusat sumber. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 497 hingga 523.
| Tatabahasa | 28.10.2025 |