Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah PENGISAR AIS | Makna | 20.01.2019 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PEMBEKAL AIS BATU | Salam sejahtera, Frasa yang betul ialah air batu bukan ais batu. PEMBEKAL - ڤمبکل AIR - اءير BATU - باتو Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 10.12.2019 |
i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:.... | Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI PEMBEKAL AIS BATU | Pembekal Air Batu - ڤمبکل أير باتو | Ejaan | 06.12.2019 |
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul? | Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Apakah ejaan sebenar 'ohsom/osom/ wan tu som'? (permainan kanak - kanak Malaysia yang mirip rock paper scissors tetapi menggunakan batu, air dan burung). | Salam sejahtera, Tuan, Setakat ini masih tiada ejaan yang terakam untuk perkataan yang dinyatakan. Pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada ejaan yang telah dikenal pasti. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 07.09.2018 |
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tq | a) Height measurement - pengukuran ketinggian b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya. c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam. e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran. f) ice cube - ais/air batu | Tatabahasa | 18.09.2015 |
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan. 1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan 2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan. 3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun tersebut ialah ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
soalan. makna peribahasa berikut. 1. ada air ada ikan. 2. ada rotan ada duri. 3. bagai air titik ke batu | 1. Barang di mana kita tinggal ada juga rezeki(setiap negeri ada adat resamnya sendiri).2. Ada kesenangan tentu ada kesusahannya.3. Amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil. | Makna | 05.04.2008 |