Mohon pandangan tuan : pendingin hawa atau penghawa dingin | Istilah yang betul ialah penyaman udara (air conditioner). | Istilah | 21.09.2011 |
assalamualaikom....,,,,, saya nk tanye sama ada aircond dlm bahasa melayu pendingin hawa atau pun penghawa dingin.... | Padanan air conditioner dalam bahasa Melayu ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 01.06.2012 |
Salam, Manakah satukah yang tepat? alat penghawa dingin atau alat pendingin hawa? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah penyaman udara (air conditioner). | Istilah | 21.09.2011 |
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan. | Saudara Hatifi, Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman. | Istilah | 16.05.2010 |