Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air tak ada

Peribahasa

Tak emas bungkal diasah,
     tak ada kayu tangga dibelah.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, Apa beza antara perkataan bermandi dengan bermandi-manda. Saya dah semak dalam kamus dewan tak ada perkataan bermandi-manda. Sekian.Bermandi bermaksud membersihkan tubuh dengan air, manakala mandi-manda bermaksud berbagai-bagai cara atau upacara mandi.Makna31.01.2012
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkanmerendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;Tatabahasa23.08.2007
Pecinta Numismatik 9:27AM Assalamulaikum Admin..sy sdg mencari buku seperti link di bawah..masih ada stok tak?? https://www.facebook.com/notes/bulan-bahasa-kebangsaan-malaysia/kenali-tanah-air-kita-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu-dan-borneo/492564990859/ Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid Penerbit: DBP No. KK: 9596211002274101 No. ISBN: 9789834602277 Tahun Terbitan: 2009Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain30.08.2016
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
Ini respon yang saya terima dari pihak tuan pada 29/6/2015. Soalan : assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana ejaan jawi untuk 'di air' ? terima kasih. Jawapan : Ejaan Jawi di air ialah داير . soalan saya.. Maaf saya tak jelas dengan jawapan tersebut. Mohon pencerahan sekali lagi dari pihak tuan. 1. Saya ingin tahu mengapa huruf hamzah pada air digugurkan? 2. Bukankah apabila 'di' atau dal bertemu dengan apa2 perkataan yang bermula dengan huruf alif, maka huruf hamzah perlu diletakkan di atas alif? Atau ada pengecualian di sini? 3. Saya keliru kerana mengikut jawapan pihak tuan (dal alif ya ra) bukankah perkataan itu berbunyi 'dayar' ? Kalau saya salah tolong betulkan. terima kasih atas respon.Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut, ejaan di air yang betul ialah   دا ٴير huruf  ء dikekalkan seperti yang tertera.Ejaan30.06.2015
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013
Cikgu Tan amat tertarik dengan/oleh tingkah laku Ali (kekeliruan tertimbul, ada munsyi kata oleh=dengar, ada pula kata tidak boleh, ) walhal, boleh atau tak boleh?Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
(a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter- dan kena. Contohnya: 1. Kuih itu dibeli olehnya. 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za'ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
(b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Contohnya: 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. 2. Pemain badminton itu kalah oleh kekurangan latihan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Cikgu Tan amat tertarik oleh tingkah laku Ali.

Kata sendi nama dengan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
1. Membawa maksud bersama-sama atau berserta Contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu.
2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: Kerja ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
3. Membawa maksud memakai atau menggunakan. Contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air.
4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.
Tatabahasa19.01.2012
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif)Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif).Tatabahasa17.02.2011
Bolehkah saya tahu apakah istilah sesuai / frasa sesuai bagi perkataan 'water cooler' dalam bahasa Melayu? Di sekolah kami ada mesin/alat tersebut tetapi saya tak pasti akan namanya dalam BM. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "water cooler" ialah pendingin air.Istilah22.02.2017
12

Kembali ke atas