Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ju.kan]/[a.ju/.kan] | اجوقن

Definisi : dugaan, ujian, terkaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ju.kan]/[a.ju/.kan] | اجوقن

Definisi : perihal mengajuk, ejekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
salam. di sini saya ingin ajukan pertanyaan, adakah ayat " esok masih ada" terdiri dalam kategori peribahasa atau percakapan biasa.Esok Masih Ada bukanlah peribahasa, sebaliknya ungkapan umum yang menjadi tajuk sebuah filem.Tatabahasa15.01.2013
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih.1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang.

2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.)
Ejaan25.04.2013
Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai soalan yang saya ajukan di bawah bertarikh 5 Jun 2013. 1)Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. -Mengapakah kamu lebih sesuai dan bukannya kalian?Mengapakah kalian tidak sesuai seperti mana maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan sedangkan Cikgu Mohamad bercakap kepada pelajar-pelajarnya dan bukannya beliau bercakap dengan seorang murid sahaja.Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan.Kamus Pelajar menerima kalian sebagai kamu semua atau sekalian. Oleh itu, jawapan yang betul ialah "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, kalian akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul kerana jawapan yang diberikan sebelum ini hanya merujuk Kamus Dewan yang menakrifkan kalian sebagai bahasa percakapan bermaksud kamu semua.Tatabahasa06.06.2013
Saya seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah SMK. SAAS, saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis setelah tamat pengajian di tingkatan 6 Atas. Pertanyaan yang hendak saya ajukan ialah bagaimana saya hendak menuju untuk menjalani rancangan cita-cita itu.,?Untuk menjadi seorang penulis, pertama sekali saudara perlu kenal pasti bidang apa yang saudara hendak tulis misalnya novel, cerpen, puisi atau buku umum seperti buku motivasi. Kemudian saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Buku panduan tentang teknik penulisan juga banyak terdapat  di pasaran yang saudara boleh baca. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Dan akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat seni yang semula jadi. Lain-lain12.11.2010
salam sejahtera, nama sya amirul. sya nak tnya apa yg dimaksudkan dengan likuida dan morfofonemik dalam bahasa melayu...sya harap pihak tuan akan memberi keterangan dengan lebih lanjut ttg soalan yg sya ajukan itu...terima kasih....Likuida ialah sejenis konsonan dalam ilmu linguistik. Sila rujuk buku linguistik untuk mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut.Tatabahasa26.07.2010
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta  festival tersebut ialah  masyarakat bukan Melayu.

DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP.

Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang.
Lain-lain27.07.2013
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
salam, ada tak DBP anjur kursus penulisan buku. tk

Assalamualaikum,

                           DBP ada menganjurkan kursus penulisan buku khususnya yang dimohon oleh institusi tertentu. Pada kebiasaannya, apabila kami mengadakan bengkel perolehan judul di Institusi Pengajian Tinggi Awam, kami juga akan menganjurkan kursus yang berkenaan kepada para penulis muda yang memerlukan bimbingan untuk menulis dan menerbitkan bahan mereka dengan DBP. Oleh yang demikian, sekiranya saudara berminat, sila ajukan permohonan kepada alamat di bawah:

                           Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,

                           Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,

                           50460, Kuala Lumpur.

 Permohonan ini akan disalurkan oleh bahagian yang berkenaan ke bahagian yang berkaitan dengan penerbitan buku untuk menguruskan kursus ini. Selamat memohon.

 

    

Lain-lain13.04.2010
12

Kembali ke atas