| Saya ingin bertanya berkenaan Permohonan Latihan Industri di Pejabat DBP Wilayah Timur. Adakah saya perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my? | Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan soalan yang diajukan, sila hubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 0201 atau e-mel akademi@dbp.gov.my">akademi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.11.2024 |
| Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih. | Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan. | Lain-lain | 15.02.2008 |
| Bolehkah diperkenalkan istilah "negarawati" untuk merujuk kepada negarawan wanita. Jabatan Pembangunan Wanita berhasrat untuk memperkenalkan Akademi Negarawati sebagai pusat latihan kepimpinan kecemerlangan wanita daripada pelbagai sektor termasuk politik. Objektif akademi ini adalah melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis wanita yang berjiwa negarawan | Frasa “Akademi Negarawati” tidak sesuai digunakan kerana kata “negarawati” merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh negara kepada 1. seseorang orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara; 2. pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, kejujurannya, dan lain-lain) yang unggul. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan pusat latihan tersebut dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Wanita. | Lain-lain | 06.12.2024 |
| Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih. | Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Ejaan | 21.02.2020 |
| Cadangan untuk mengadakan kursus Penyediaan dan Penulisan Minit Mesyuarat | Saudara boleh membuat permohonan kepada Akademi DBP melalui e-mel akademi@dbp.gov.my/hfauziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 01.08.2023 |
| Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih. | DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui: 1) Dr. Haji Santrol Abdullah Ketua Akademi DBP 03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my 2) Puan Noraini binti Abd Shukor 03-21479230 / aini76@dbp.gov.my 3) Akademi DBP akademi@dbp.gov.my
| Lain-lain | 06.04.2023 |
| Salam...mohon pandangan tuan mengenai ayat untuk iklan ini..."AKADEMI KIROPRATIK"...yang mana Kiropraktik merupakan istilah perubatan. Adakah ianya bersesuaian digunakan....Sekian. | Untuk makluman, AKADEMI KIROPRAKTIK adalah betul dan boleh digunakan untuk iklan. | Istilah | 08.05.2012 |
| Selamat Pagi, Saya nak tanya, untuk signboard di luar premis, boleh guna ayat di bawah? 1. Khaira Academy Center / Pusat Akademi Khaira 2. Khaira Skills Academy / Akademi Kemahiran Khaira Terima kasih. | Sila kemukakan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat membantu memberikan cadangan jawapan. Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Puan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| Lain-lain | 18.12.2025 |
| Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching Wafa | Kami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
| saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Makna | 10.03.2014 |