Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ka.dé.mik] | اکاديميک

Definisi : (akadémik) 1. mengenai atau ber­kaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu penge­tahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ka.dé.mik] | اکاديميک

Definisi : /akadémik/ bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akademik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah ayat yang sesuai digunakan untuk menggambarkan perarakan kumpulan akademik masuk dalam dewan sempena majlis konvokesyen? a. perarakan pawai akademik a b. perarakan akademik c. pawai akademik

Kami mencadangkan perarakan masuk kumpulan akademik sebagai “perarakan ahli akademik”.

Lain-lain20.09.2022
Yang manakah yang betul untuk menulis tajuk: Program Akademik dan Koakademik ATAU Program Akademik Dan AkademikUngkapan yang betul ialah "Program Akademik dan Koakademik".Tatabahasa18.07.2011
Maksud penulisan akademikPenulisan akademik ialah penulisan yang dibuat secara ilmiah atau saintifik berdasarkan pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif. Penulisan akademik mesti menggunakan tatabahasa yang betul.Lain-lain09.09.2024
yang mana satu ungkapan yang betul "majlis anugerah kecemerlangan akademik" atau "majlis anugerah akademik cemerlang"?

Encik Sukri,

Ungkapan yang betul  ialah ' Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik'.

Tatabahasa28.04.2010
Mohon cadangan pihak DBP untuk penjenamaan semula nama unit yang lebih sesuai seperti berikut: Unit Tadbiran Akademik dan Pengeluaran -tadbiran akademik : menguruskan bahagian kursus jangka pendek -pengeluaran : menyediakan keperluan mengajar seperti fail kursus. Mencetak nota pembelajaran (percetakan). Mohon cadangan nama yang lebih bersesuaian. Terima kasih.Pada pandangan kami Unit Pentadbiran Akademik boleh digunakan. Unit tersebut bertanggungjawab menyelenggara segal yang berkaitan dengan pentadbiran akademik termasuklah menyediakan keperluan berkursus.Tatabahasa19.12.2013
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: Peserta Kursus Akademik Terbaik atau Peserta Kursus Terbaik Akademik.

Encik Muhamad,

Ayat yang paling sesuai ialah Peserta terbaik Akademik jika kita ingin mencari peserta terbaik daripada kesemua peserta

atau Peserta terbaik dari segi Akademik,

Tatabahasa06.12.2010
Mana yang lebih sesuai untuk penggunaan kepimpinan/kepemimpinan dalam anugerah: Anugerah Kepimpinan Akademik ataupun Anugerah Kepemimpinan Akademik.
Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.
Contoh ayat: 
i.  Kepimpinan melalui teladan.
ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya
Makna30.03.2021
Yang manakah ayat yang betul. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik kali ke-10 atau Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10? Kali ke itu, huruf besar atau kecil?

Ayat yang betul ialah “Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10”.

Tatabahasa16.03.2026
Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx atau Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang cukup dan memenuhi xxxAyat yang betul ialah “Calon berikut telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx”.Tatabahasa28.05.2019
Istilah akademik bagi 'proposal defense' dan 'candidature defense'.Kami mencadangkan "proposal defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan usul" atau "pembelaan cadangan", manakala "candidature defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan pencalonan" atau "pembelaan pencadang". Untuk makluman, cadangan istilah ini bergantung pada konteks dan konsep, khususnya berkaitan pembentangan  tesis atau disertasi oleh penuntut di institusi pengajian tinggi.Istilah11.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas