Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan datang

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Terimbau pada orang yang akan datang,
     tersuruh pada orang yang akan pergi.

Bermaksud :

Menyuruh seseorang mengerjakan pekerjaan yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Sila rujuk lampiran. Saya keliru dengan ayat yang diberikan. " Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang." Adakah penggunaan perkataan yg digunakan betul? Terimakasih."Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang" - susunan kata dalam ayat ini adalah betul tetapi kurang tepat daripada aspek makna kata. Penggunaan kata yang lebih tepat ialah memelihara (memelihara hutan untuk) berbanding dengan kata meminjam.Tatabahasa28.03.2011
Salam DBP, Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1) Emak masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut penulis buku berkenaan, bahagian yang salah ialah kata 'masak'. Menrutnya kata yang sesuai ialah 'bermasak-masak' seperti ayat yang berikut: Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut Kamus, 'bermasak-masak' bermaksud 'sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll) Tolong jelaskan kepada saya. Terima kasih.

Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Ayat ini kurang tepat atau lewah kerana bermasak-masak bermaksud sedang membuat lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya sepatutnya ayat ini menjadi Emak bermasak-masak kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami


Tatabahasa19.05.2011
Adakah ayat ini betul? 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. Sila beri penjelasan bagi ayat-ayat di atas. Kanak-kanak menunjukkan ramai atau sikit?

1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? - betul

2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. - betul

3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. - betul. Kanak-kanak boleh menunjukkan seorang atau ramai, bergantung pada yat yang digunakan dan dalam ayat ini jelas menunjukkan ramai dengan adanya kata kalian. 

Tatabahasa19.09.2008
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013
Bagi ayat 'kertas kerja tersebut akan dibentangkan ... mesyuarat yang akan datang', perkataan yang sesuai pada tempat kosong sama ada "di dalam", "di" atau "kepada"?

Encik Ramli,

Kata sendi yang sesuai ialah 'dalam' atau 'pada'. 

Tatabahasa15.03.2010
Apakah istilah yang betul untuk situasi ini: Syarikat saya ingin memberi cuti kepada kakitangan sempena Tahun Baru yang akan datang. Adakah saya perlu gunakan CUTI EHSAN atau CUTI IKHSAN. Terima kasihEjaan/perkataan yang betul ialah ihsan, Cuti Ihsan.Tatabahasa08.12.2011
apakah definasi masa hadapan mengikut kamus dewanBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud masa depan ialah masa (zaman) yang akan datang.Makna22.03.2010
Bagi yang ingin menikmati kehidupan mewah Temui anda di sini...Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Pada masa akan datang, sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat  Nasihat DBP). Melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, puan boleh memperoleh pengesahan iklan dan terdapat sijil pengesahan yang boleh dicetak.Lain-lain15.09.2012
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
Adakah penggunaan perkataan 'ia' telah dimansuhkan dan tidak digunakan pada masa sekarang? Saya ingin kepastian berkaitan dengan isu ini untuk masa akan datang. Terima kasih.Kata ganti "ia" masih digunakan apabila merujuk gantinama diri ketiga atau kata ganti benda yang dibicarakan.Tatabahasa04.11.2008
12345678910

Kembali ke atas