Salam sejahtera, Saya ada terbaca satu soalan di laman http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=akan+kan&d=10 dan saya kurang memahami jawapan yang diberikan oleh pihak DBP . Soalanya berbunyi : " Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. " Adakah KESEMUA ayat yang diberikan oleh individu itu betul dan sekiranya betul , adakah hukum " men ... an " , disusuli dengan + objek tidak hidup , itu tidak dipatuhi ? Contoh : Perbuatan Ali amat memalukan kami. (KAMI ialah objek hidup dan seharusnya ' me ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak bernyawa , Contohnya ... Dia menghadiahkan hadiah itu kepada kami. BUKANNYA ... Dia menghadiahkan kami hadiah itu . (sepatutnya menghadiahi kami). Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com) | Malu ialah kata adjektif dan apabila menerima apitan meN-...-kan (memalukan) menjadi kata kerja transitif. Walau bagaimanapun kata memalukan juga boleh berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat. Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Perbuatan Ali amat memalukan - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat; dan objek dalam ayat ini digugurkan. 2. Perbuatan Ali memalukan kami - memalukan sebagai kata kerja transitif dan diikuti dengan objek (bernyawa). 3. Perbuatan Ali amat memalukan kami - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului dengan kata penguat. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Salam sejahtera Tuan/ Puan , Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata " bahawa " . 1) ... menceritakan bahawa ... (adakah penggunaan kata bahawa tersebut gramatis & sebabnya ?) Cth ayat : Abu menceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku di rumahnya. 2. a) ... menceritakan tentang ... (penggunaan kata yang tidak gramatis, betul ? ) Penggunaan " akan " tidak harus disusuli dengan " tentang " - ayat kata kerja Transitif (SKO - Subjek, Kata Kerja, Objek) . Cth ayat : Ali menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada seorang kawannya. Bagaimana pula dengan " ... bertanyakan tentang " ? Cth ayat : Ali bertanyakan tentang khabar berita seorang kawannya. Terima kasih & maafkan saya sekiranya mengganggu. ChoyHH | 1. ... menyatakan bahawa ... adalah gramatis - bahawa boleh hadir dalam klausa komplemen. 2. ... menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Kata terbitan menceritakan hasil daripada apitan meN-...-an + cerita, bukan mencerita + akan (kan). Begitu juga halnya dengan kata berceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama, bukannya bercerita + akan (kan). | Tatabahasa | 08.02.2011 |
1. Apabila kata 'sebab' menerima imbuhan apitan MeN...kan, apakah golongan kata baharu bagi kata terbitan tersebut? | Kata nama sebab apabila menerima apitan meN...kan akan menerbitkan kata kerja transitif menyebabkan. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Semua contoh ayat yang saudara berikan itu betul. Perkataan malu ialah kata adjektif dan apabila menerima imbuhan me-N...kan menjadi kata kerja transitif, memalukan. Kata kerja transitif yang membawa unsur emotif lazimnya menggugurkan objek (kata ganti nama diri). Oleh itu, ayat yang saudara berikan itu betul. Ayat 1 dan 2 digugurkan objek. Ayat 3 dan 4 merupakan ayat lengkap yang tidak digugurkan objek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Tuan, saya keliru dengan bentuk: 1. ber... + Kata Sendi Nama + meN...kan / meN... 2. ber... + Tidak Perlu Kata Sendi Nama + meN...kan / meN... Tuan faham akan soalan saya, kan? :) Bilakah perlu menggunakan bentuk 1, dan bila hendak menggunakan bentuk 2. Tolong! | Barangkali soalan yang tuan ingin kemukakan berkenaan kata kerja transitif. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Bilakah penggunaan imbuhan diper...kan dan memper...kan? Apakah kata-kata yang boleh menngunakan kedua-dua imbuhan ini dan mengapa? Antara berikut, yang manakah betul? a. kata-kata aluan b. kata alu-aluan? | Apitan diper...kan boleh digunakan untuk golongan kata nama atau kata kerja, dan akan membentuk kata kerja; contohnya, isteri - diperisterikan, dengar - diperdengarkan. Begitu juga dengan apitan memper...kan, golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper...kan untuk membentuk kata kerja, contohnya jodoh - memperjodohkan, lihat - memperlihatkan. Yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
bagaimana saya ingin membezakan penggunaan imbuhan diper- dan diper-kan contoh; jalan itu diperbesar atau jalan itu diperbesarkan, memper- dan memper-kan contoh ayat pihak tentera telah memperkuatkan kubu pertahanan atau memperkuat kubu pertahanan, pe-an dan per-an contoh ayat, pelantikan dan perlantikan, ada yang mengatakan per-untuk menunjukkan proses perkara itu dilakukan. 2. bagaimana untuk membezakan perkataan yang menggunakan imbuhan per- an dan pe-an. jika pihak tuan boleh menunjukkan proses /formula untuk membezakan penggunaan per-an dan pe-an, ramai yang keliru termasuk saya. | 1. Awalan diper- dan apitan diper-...-kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja memper- dan memper-...-kan. Awalan mempeR- pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR-. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177 - 183. Apitan memper-...-kan Hanya golongan kata nama dan kata kerja yang boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Kata adjektif tidak boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Apitan memper-...-kan akan menghasilkan kata kerja pasif diper-...-kan. Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208 - 211. 2. Apitan pe-...-an dan peR-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran. Apitan peR-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat, seperti perkampungan dan perhentian. Apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa abstrak, Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya seperti perakuan dan persengketaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewa, halaman 126 - 129.
| Tatabahasa | 30.03.2014 |
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com) | 1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya. b. Dia amat merindui ibunya dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Tuan, 1. Saya keliru dengan penggunaan 'akan'.Selain digunakan sebagai kata sendi, 'akan' juga membawa menyatakan sesuatu kemungkinan. Bagi kata kerja yang menerima aptan meN..kan , adakah penggunaan 'akan' sebelum kata kerja tersebut dianggap lewah. Contoh: a. Kerajaan akan melaksanakan program ATAU Kerajaan akan melaksana program b. Kerajaan akan memperkenalkan ATAU Kerajaan akan memperkenal 2. yang mana satu betul: a. di sepanjang tempoh lima dekad yang lalu ATAU b. dalam tempoh lima dekad yang lalu Penjelasan tuan amat dihargai. Terima kasih. | Jawapan yang tepat bagi ketiga-tiga soalan tersebut ialah: a. Kerajaan akan melaksanakan program... b. Kerajaan akan memperkenalkan... b. dalam tempoh lima dekad yang lalu,... | Tatabahasa | 26.03.2015 |
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |