Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umbi (kata nama)
1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,

Kata Terbitan : berumbi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk 'grass root community'? Adakah perkataan komuniti akar umbi itu betul?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "grass root community" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "grass root" dalam bidang Sains Politik yang padanan bahasa Melayunya ialah akar umbi. Oleh itu, istilah komuniti akar umbi boleh digunakan.Istilah09.05.2013
Tuan, Saya keliru dengan penggunaan Pada dan Di. Petikan contoh-contoh dari akhbar yang mencatatkan frasa berikut: 1. Pada majlis tersebut, 2. Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu. 3. Pada peringkat akar umbi. Bolehkah gunakan Di dalam kesemua contoh di atas.kata sendi di boleh digunakan dalam kesemua contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun masyarakat cenderung menggunakan kata pada dalam ayat-ayat tersebut yang dianggap lebih sesuai kerana kata sendi di pada kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan tempat.Tatabahasa21.10.2007

Kembali ke atas