Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun.tan] | اکاءونتن

Definisi : orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dll) kira-kira ke­wangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dll) dan bertanggungjawab menye­diakan laporan mengenai kedudukan kewang­an tersebut dr semasa ke semasa; ~ awam a) akauntan yg memberikan per­khidmatan profesional kpd orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos dan per-belanjaan sesuatu perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun.tan] | اکاءونتن

Definisi : orang yg mengurus, mengawasi atau menyemak hal-hal kewangan sesuatu pejabat, perusahaan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akauntan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih.i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan.Tatabahasa21.08.2007
tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasihProfesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan  akauntan.Makna02.05.2008
salam..adakah jawatan kosong masih terbuka lagi?? dan jawatan ap yang kekosogan?

Sdr,

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Sebagai makluman sdr, pada masa kini terdapat dua jawatan kosong di DBP iaitu Penolong Akauntan Gred W27 (Tetap) dan Pustakawan Gred S41 (Sambilan). Penempatan bagi jawatan Penolong Akauntan ialah di DBP Kuala Lumpur manakala penempatan bagi jawatan Pustakawan pula ialah di DBP Wilayah Selatan (ohor Bahru).

Lain-lain10.03.2010
ADAKAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ADA KEKOSONGAN JAWATAN?

Sdr,

Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu.

Merujuk kepada soalan yang sdr kemukakan, dimaklumkan DBP baharu sahaja mengiklankan dua jawatan kosong iaitu Akauntan Gred W41 dan Pembantu Rendah Gred R3. Bagaimanapun iklan tersebut telah ditutup pada 17 Januari 2011.

Sdr digalakkan untuk melayari laman sesawang DBP dari semasa ke semasa untuk melihat iklan jawatan kosong kami.

Sekian.

Lain-lain18.01.2011
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "certifying officer". Certifying officer dalam konteks ini adalah pegawai yang memastikan premis pemprosesan di bawah tanggungjawabnya adalah mematuhi perundanganUntuk makluman belum ada istilah yang khusus untuk certifying officer. Walau bagaimanapun, istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah Certified Public Accountant (Akauntan Raya Bertauliah) dan Certified Midwife (Bidan Bertauliah). Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Certifying Officer ialah Pegawai Pentauliah. Istilah06.04.2011

Kembali ke atas