Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat yang manakah betul dan kenapa ? A. semakin berubah sejak akhir-akhir ini. B. makin berubah di akhir-akhir ini. C. makin berubah akhir-akhir ini. D. makin berubah sejak akhir-akhir ini. mohon penjelasan terutamanya penggunaan perkataan 'semakin' atau 'makin' dan 'sejak akhir-akhir ini' atau 'akhir-akhir ini' terima kasih.

Makin dengan semakin sama maknanya, oleh itu penggunaan kedua-dua perkataan tersebut boleh saling bertukar. Frasa sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Penggunaan sejak hanya berfungsi sebagai penanda waktu atau masa. Perkataan akhir-akhir ini merujuk kebelakangan ini.

Tatabahasa12.07.2011
Slm, soalan: akhir-akhir ini/akhir-akhir kini? tqPenggunaan yang betul ialah  akhir-akhir ini atau sejak akhir-akhir ini.Lain-lain28.10.2010
Ayat manakah yang betul? A) Sejak akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah. B) Akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah.Frasa 'sejak akhir-akhir ini' dan 'akhir-akhir ini' kedua-duanya adalah betul.Sastera28.03.2011
Mengapakah jawapan yang diberikan oleh pihak tuan kurang mantap? Contohnya, jawapan yang diberikan pada 21/04/09 ialah sejak akhir-akhir ini bukannya akhir-akhir ini. Tetapi jawapan yang diberikan pada 07/05/09 ialah kedua-duanya pun betul. Saya rasa keliru dengan jawapan yang diberikan. Mengapakah jawapan diberikan itu berbeza?Frasa sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Penggunaan sejak hanya berfungsi sebagai penanda waktu atau masa. Perkataan akhir-akhir ini merujuk kebelakangan ini.Tatabahasa14.05.2009
ayat ini betul atau salah. Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. - ayat ini betulTatabahasa03.09.2010
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan?Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini.Tatabahasa19.10.2010
Betulkah perkataan kedua, ketiga dan seterusnya (untuk kedudukan)tidak diguna pakai lagi? 'sejak akhir-akhir ini' dengan 'sejak akhir ini' mana satu yang betul?Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan seperti kedua dan ketiga masih digunakan, cuma bentuknya berbeza utuk yang nombor satu, iaitu "pertama" bukan kesatu. Frasa yang lebih tepat ialah 'sejak akhir-akhir ini'.Tatabahasa30.08.2006
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq

Saudara,

Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya.

Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut  betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi.

Tatabahasa21.07.2010
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini.Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini.Tatabahasa20.08.2010
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse

Ayat ini betulSaudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas