Saya nak tanya tentang perbezaan antara "Akhir sekali" dengan "Akhirnya". Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam petikan berikut? Akhir sekali / Akhirnya, kita juga perlu menghormati ibu bapa kita. | Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana. Namun, penggunaannya dalam ayat 'Akhirnya kita juga perlu menghormati ibu bapa kita' tidak tepat. Lebih baik sekiranya diubah menjadi 'Kita mesti menghormati ibu bapa kita'. | Tatabahasa | 22.02.2007 |
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit." | Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu :Adakah frasa"akhir sekali" atau "akhirnya" dapat digunakan sebagai penanda wacana untuk penutup perenggan seperti penanda wacana lain "kesimpulannya" ,"Tuntasnya" dan "Konklusinya"? ribuan terima kasih kepada tuan/puan | Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana iaitu penanda penghubung tempoh. Penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 23.02.2013 |
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ? | Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut: Sebab padi sebab selasih, Itulah sebab saya lurutkan, Sebab budi sebab kasih, Itulah sebab saya turutkan. Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud. | Sastera | 09.05.2022 |
Saya nak sentuh semula tentang "Akhir sekali" dan "Akhirnya". Ramai yang mengatakan bahawa "Akhirnya" digunakan dalam format cerita. Apa pendapat pihak tuan? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'akhirnya' bermaksud kesudahannya yang lazimnya digunakan dalam cerita. | Tatabahasa | 26.02.2007 |
no telefon yang pihak dbp berikan itu semua nya tiada di dalam talian. yang akhir sekali no sambungan itu ialah no telefon hotel. sila segerakan masalah saya. dan lakukannya secara sistematik, sy boleh dihubungi di talian 0149034582 dan ini no pendaftaran iklan sy 23730/2015. sy perlukan kelulusan iklan saya dengan segera kerana saya ingin memohon lesen di majlis daerah. terima kasih | Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan. | Lain-lain | 18.06.2015 |
Saya mohon maaf soalan yang saya kemukakan sebelum ni dan dalam proses ada sedikit kesilapan . Yang akhir sekali saya tanya tema Cerpen majalah Pelita Bahasa bukan Tunas Cipta . Majalah Pelita Bahasa tentang bahasa saja ke diterima atau temanya bebas ? Saya juga minta diberi alamat email kiriman puisi untuk Pelita Bahasa . (Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?) | Salam, puan. Seperti majalah terbitan DBP yang lainnya, tema cerpen majalah Pelita Bahasa juga bebas. Walau bagaimanapun, cerpen yang bertemakan bahasa dan sastera sangat dialu-alukan. Penghantaran bahan boleh diajukan kepada Ketua Editor Bahagian Majalah seperti yang sudah dijawab sebelum ini kepada puan. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ? | Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.01.2017 |
1. Apakah perbezaan makna dengan a. akhir sekali b. akhirnya c. akhir kata 2. Yang manakah sesuai digunakan dalam merumuskan petikan iaitu soalan SPM bahagian 'Rumusan'? | 1. Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama, iaitu kemudian sekali, penghabisan. 2. Untuk soalan kedua, dicadangkan supaya digunakan perkataan "akhirnya" kerana rumusan karangan pasa kebiasaannya mempunyai bilangan perkataan yang terhad. Akan tetapi, untuk penerangan yang lebih jelas, mohon berbicang dengan guru yang mengajar mata pelajaraan tersebut kerana mereka lebih arif dalam format penulisan rumusan. | Tatabahasa | 26.07.2016 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih. | 1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. - betul 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |