Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg meng­awasi anak-anak yg telah melakukan kejahat­an tetapi tidak dipenjarakan; berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhlak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah ayat yang betul bagi ayat perintah ini? 1-Ajarkanlah anakmu akhlak mulia. 2-Ajarilah anakmu akhlak mulia. 3-Ajarlah anakmu akhlak mulia.Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa26.02.2013
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap  membimbangkan sekali."   

Tatabahasa26.05.2010
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Selamat petang Puan Melati,

Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah:

Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Tatabahasa15.10.2012
salam hormat, apakah makna tajuk: Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya??? Terima kasih...

Sdr Frederick anak Gon,

Pertanyaan sdr ini berkaitan dengan tajuk Pertandingan Forum Remaja dan Pelajar  2009 yang dianjurkan oleh DBP, kini sedang giat berlangsung di seluruh negeri. Kami menasihat agar sdr membaca  buku dan majalah yang berkaitan dengan akhlak Remaja dan Pelajar. Sdr juga dinasihatkan agar berbincang dan berlatih bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan supaya bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Selamat membaca dan bertanding.

Lain-lain29.04.2009
Cerita hikayat perlu sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak dan moral yang mulia. ayat ini ada apa-apa kesalahan ?Ayat yang dinyatakan betul.Tatabahasa16.07.2013
SAYA MEMERLUKAN BEBERAPA CONTOH SURAT KERTAS KERJA BERKAITAN LAPORAN TUGASAN, LAPORAN AKHLAK, INVOICE KEWANGAN UTK TUGASAN ATAU YG BERKAITAN DARI PIHAK PEGAWAI UNTUK PENGURUS SESEBUIAH SYARIKAT, UNTUK RUJUKAN PENGURUS TENTANG KERJA YG SEDANG DILAKUKAN.Dokumen yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku yang berkaitan seperti Penulisan Laporan dan Kesantunan Berbahasa dalam Penggunaan Pentadbiran dan Media karya Asmah Haji Omar serta.Lain-lain17.12.2011
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa.Budi bahasa  bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.Makna17.06.2008
assalamu alaikum. mohon jelaskan maksud budi bahasa. kenapa ia begitu penting dalam masyarakat melayu. mohon jelaskan latarbelakang pembuatan ungkapan ini. terima kasihBudi bahasa  bermaksud mepunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejehteraan.Makna22.02.2008
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSABudi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain30.03.2009
12

Kembali ke atas