Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ko.mo.da.si] | اکوموداسي

Definisi : 1. tempat utk makan dan tidur (dlm perjalanan), penginapan; 2. penyesuaian: pendekatan yg kerap dibincangkan dlm konteks negara kita ialah asimilasi dan ~; mengakomodasikan melakukan penye­suai­­an supaya sesuatu selaras, secocok dsb dgn se­suatu keadaan (keperluan dsb): sbg anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak utk ~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ko.mo.da.si] | اکوموداسي

Definisi : ist cara atau perbuatan menyesuaikan diri dgn orang lain atau dgn persekitaran; penyesuaian. mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu menjadi selaras atau sesuai dgn keadaan, keperluan dsb: Sbg masyarakat minoriti, mereka terpaksa ~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akomodasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dengan contoh, apa itu konsep etnosentrime dan kesan negative terhadap perhubungan kaum di malaysia. 2. Dengan contoh, apa itu konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan almalgamasi dalam proses integrasi di Malaysia.1. Etnosentrime tidak ada dalam rujukan kami, yang ada etnosentrisme bermaksud pandangan atau sikap yg percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain. 2. Akomodasi bermaksud penyesuaian, akulturasi bermaksud penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, almalgamasi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Untuk mengetahu lebih kanjut tentang konsep-konsep tersebut sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain03.02.2009

Kembali ke atas