Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP? | Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
adakah penggunaan akronim dapat digunakan secara meluas dalam bahsa melayu?? adakah akronim yang kita guna hendaklah diketahui oleh umum?? | Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi contohnya seperti RISDA dan MARA. Antara kelebihan penggunaan akronim ialah untuk memudahkan orang ramai menyebut dan mengingati sesuatu institusi itu. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. | Makna | 22.01.2008 |
Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih. | Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana | Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain). | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Apakah akronim yang tepat untuk "Rancangan Malaysia Ke-9", RMKe-9 atau RMKe9 atau RMK-9? | Jawapan yang betul ialah RMK-9. Harap maklum. | Lain-lain | 24.07.2007 |
Huraian tentang perkataan Akronim tulen | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 14.05.2009 |
ASSALAMUALLAIKUM... SAYA INGIN BERTANYA KEPADA PIHAK DBP BERKAITAN KEKELIRUAN YANG BERLAKU DALAM PEMBENTUKAN KATA NAMA TUNGGAL JENIS AKRONIM (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, M/S:105) YANG MENYATAKAN KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF DAN SUKU KATA PERKATAAN, EJAANNYA BERMULA DENGAN HURUF BESAR (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, M/S:106). CONTOHNYA: Mara - Majlis Amanah Rakyat NAMUN, JIKA DISEMAK DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, M/S;998, PERKATAAN YANG SAMA DIEJA DENGAN HURUF BESAR KESEMUANYA. TERDAPAT BEBERAPA PERKATAAN AKRONIM DALAM JENIS INI YANG DIEJA DENGAN HURUF BESAR DI DALAM KAMUS DEWAN.INI JELAS MENIMBULKAN KEKELIRUAN DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BUAH BUKU INI. DIHARAP AGAR PIHAK DBP DAPAT MENJELASKAN KEKELIRUAN INI.SEKIAN, TERIMA KASIH. | Puan Norazwira, Pada dasarnya kaedah menulis akronim adalah seperti yang dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi berkenaan mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar. Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut. | Lain-lain | 10.05.2010 |
adakah untuk akronim memerlukan titik, contoh U.K.M, K.T.M.B., Alaihis salam A.S. dan R.A. | Akronim bermaksud kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah UKM, KTMB, a.s. dan r.a. . | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVM | Jenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal. | Tatabahasa | 27.05.2011 |