Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM. | Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan. | Tatabahasa | 17.09.2017 |
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH | 1) KEDAI AKSESORI KERETA = کداي اکسيسوري کريتا 2) PAKAR AKSESORI KERETA = ڤاکر اکسيسوري کريتا 3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 4)GEDUNG KOMPUTER = ݢدوڠ کومڤوتر 5) PENGIKLANAN = ڤڠيعلانن 6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI = کداي الت تيليکومونيکاسي | Lain-lain | 12.11.2019 |
Salam tuan/puan, Adakah "Accessory Potentiometer Signal" sesuai diterjemahkan kepada "Isyarat Potensiometer Aksesori" atau "Isyarat Aksesori Potensiometer". Bidang: kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Mealyu bagi "Accessory Potentiometer Signal" ialah Isyarat Potentiometer Aksesori. | Istilah | 05.05.2019 |
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIR | KEDAI AKSESORI KOLAM RENANG | Lain-lain | 21.12.2010 |
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat Ganti | Dicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
Pusat Kecantikan Kereta | Pusat Aksesori Kereta | Tatabahasa | 18.11.2008 |
Permohonan Lesen Perniagaan Iklan untuk Kedai Aksesori, Servies kereta dan air cond | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 16.01.2017 |
Mohon beri ejaan jawi untuk "PUSAT SERVIS PENYAMAN UDARA DAN AKSESORI KERETA". di bagai untuk papan iklan Majlis Perbandaran Kemaman, terima kasih. | Lihat Lampiran. | Ejaan | 03.04.2014 |
Mohon pandangan, adakah perkataan 'body kit' sesuai digunakan untuk premis aksesori kenderaan...? Mohon cadangan ayat yang sesuai bagi iklan seumpama ini. TK | Untuk makluman, perkataan 'kit' memang terdapat dalam istilah dan kamus terbitan DBP. Kit dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang. Walau bagaimanapun, perkataan body kit tidak boleh digunakan kerana merupakan perkataan bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah kit badan kenderaan atau kit bahagian kenderaan. | Istilah | 02.11.2011 |
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTER | Penggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
| Lain-lain | 13.10.2015 |