Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris berikut, "body double"? Untuk makluman body double merujuk kepada pelagak ngeri yang menjadi pengganti kepada pelakon sebenar ketika melakukan aksi-aksi berbahaya. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "body double". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelakon pengganti. | Istilah | 16.10.2012 |
Ayat berikut yang manakah betul? Perbuatan adalah segala aksi yang dibuat. Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. | Tatabahasa | 04.01.2012 |
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi. | Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 10.10.2010 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. | Berikut ayat yang betul setelah dipinda; 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih. | Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Saya telah menulis sebuah novel aksi. Inilah percubaan pertama saya, walaupun terpaksa mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk disiapkan. Saya telah cuba menghantar di beberapa penerbit namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat syarikat seperti jumlah muka surat yang melebihi standard mereka, tidak boleh menulis jalan cerita yang ada potensi untuk disambung dan lain-lain walaupun mereka suka dengan jalan ceritanya. Bolehkah saya cuba untuk menghantar di DBP dan di terbitkan disini? Saya telah cuba untuk menghubungi cik Azura untuk bertanya terus kepadanya namun panggilan tidak diangkat | Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi editor di Bahagian Buku Sastera melalui talian telefon 03-21479000. | Lain-lain | 05.03.2019 |
kamu boleh memberikan/memberi peneguhan dengan menunjukkan aksi melalui ekspresi muka. berdasarkan ayat ini, yang mana lebih tepat memberi atau memberikan?. terima kasih | Jawapan yang tepat ialah "memberikan" | Lain-lain | 14.10.2016 |
Salam, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk aksi mengimbangkan badan dengan menahan kepala di bawah manakala kaki dalam keadaan lurus ke atas? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah balik jungkir, iaitu kepala di bawah, kaki di atas. | Tatabahasa | 29.10.2013 |
salam sejahtera. adakah bahasa melayu mempunyai perkataan khas bagi menyatakan keadaan di bawah; aksi pergerakan pemain yang menghantar bola kpd pemain lain dalam keadaan pemain tersebut dikawal rapat. akan tetapi bola sampai dengan sempurna dan selesa. | Tidak ada satu perkataan yang khusus bagi menerangkan perbuatan tersebut, daripada satu perbuatan/keadaan kepada satu perbuatan/keadaan yang lain. | Istilah | 02.08.2014 |