| Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |
| Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih. | 1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan." 2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran." | Tatabahasa | 02.03.2020 |
| paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer? | Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151. | Tatabahasa | 13.08.2008 |
| Tuan, saya difahami bahawa: (1) dengan ialah kata sendi yang perlu diikuti kata nama. Dalam hal ini, lancar dan meriah ialah kata adjektif. oleh itu, perlukah kita tambah -nya bagi kata adjektif ini jika depan ialah kata sendi dengan? contoh: (i)Program itu dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya atau (ii) Program itu dijalankan dengan lancar atau meriah? (yang mana betul) (2) dijalankan ialah kata kerja pasif bagi kata kerja aktif transitif bagi menjalankan. Oleh itu, bolehkah kita menggunakan : i) Program itu dijalankan dengan lancarnya atau perlu guna ii) Program itu berjalan dengan lancarnya? (yang mana betul) Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | Jawapan yang betul seperti yang berikut: 1. Program itu dijalankan dengan lancar dan meriah. 2. (i) Program itu dijalankan dengan lancar (ii) Program itu berjalan dengan lancar.
| Tatabahasa | 30.07.2023 |