Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Yang manakah betul? 1. Tuan aku mengguna aku untuk menyimpan data. 2. Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Adakah penggunaan ayat ini betul dalam penulisan, contohnya, "Abang aku telefon aku.", "Abang aku hubungi aku." atau boleh digunakan kedua-duanya dalam penulisan? | Ayat yang betul dalam penulisan ialah "Abang saya menghubungi saya ..." | Tatabahasa | 25.03.2021 |
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Untuk karangan autobiografi seperti ‘Aku sebuah komputer’, perlukah perkataan ‘aku’ tulis dalam huruf besar (Aku) dalam karangan walaupun bukan perkataan pertama dalam ayat? Contohnya, adakah ‘Tuan aku sangat menyayangi aku’ atau ‘Tuan Aku sangat menyayangi Aku’ yang betul? Terima kasih. | Perkataan “aku” ditulis dalam huruf kecil kerana perkataan ini merujuk kepada kata ganti diri pertama. Ayat yang betul ialah “Tuan aku sangat menyayangi aku”. | Lain-lain | 24.09.2024 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih. | Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah: 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Ayat yang salah ialah: 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ.
| Tatabahasa | 07.04.2013 |
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan. Jawapan : ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa" Saya faham dengan penggunaan yang betul tentang "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa." Namun terdapat penggunaan tidak lazim bagi singkatan "Ku" dalam lirik lagu, puisi dan sebagainya. Jadi manakah yang betul "Ku dicipta" atau "kudicipta"; "Ku berjalan" atau "Kuberjalan"; "Ku tertawa" atau "Kutertawa". Terima kasih. | Untuk makluman, dalam penulisan karya sastera mempunyai "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan ialah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Ejaan yang betul ialah "kudicipta", "kutertawa", "kuberjalan". | Tatabahasa | 17.06.2023 |
Selamat pagi. Ingin bertanya sama ada kedua-dua ayat di bawah betul. Ayat 1: Dia tertarik dengan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Ayat 2: Dia tertarik akan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Dari segi penggunaan "dengan" , "akan" dan juga penggunaan tanda koma (,) di hadapan perkataan "lalu". Terima kasih. | ayat yang betul ialah: Dia tertarik dengan reka bentuk aku lalu membeli aku dan Dia tertarik akan reka bentuk aku lalu membeli aku. | Tatabahasa | 22.06.2022 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
aku tak suka pakcik aku tu .. sebelum ni sebelum dia kahwin guna modal aku sampai habis sekarang nak malu lagi. | Ayat yang dikemukakan tidak jelas. Berikut merupakan contoh ayat yang diberikan penambahbaikan: “Aku tidak suka pakcik aku; semasa berkahwin beliau menggunakan wang aku dan masih belum membayar hutang kepada aku.” Untuk pertanyaan yang akan datang, sila kemukakan soalan yang lengkap dan jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat dan bersesuaian. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), hlm. 432 – 575. | Tatabahasa | 17.01.2025 |