Salam 1Malaysia. Apakah kata sendi nama yang sesuai digunakan bersama-sama kata kerja tak transitif 'akur'? Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kata sendi nama yang digunakan bersama-sama kata kerja tersebut. Akur dengan? Akur kepada? Akur pada? Akur terhadap? Sila leraikan kemusyikilan bahasa ini. Sekian. | Kata sendi nama yang sesuai dengan perkataan akur ialah 1. kepada 2. dengan | Tatabahasa | 17.02.2014 |
Beberapa hari selepas pengumuman yang telah dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna pra bayar akhirnya mereka akur. | Beberapa hari selepas pengumuman yang dibuat oleh beberapa syarikat gergasi telekomuniasi di Malaysia untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 6 peratus kepada pengguna prabayar, akhirnya mereka akur. - ayat ini tidak lengkap dan tidak dapat difahami, contohnya frasa "akhirnya mereka akur" akur dengan apa? | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih. | Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji. | Istilah | 27.03.2012 |
Assalamualaikum. Saya mohon penjelasan berkaitan penggunaan tanda baca mengikut ayat di bawah: Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima-permohonan ditolak. Soalan saya, adakah tanda baca - dalam ayat di atas betul. Jika tidak, apakah tanda baca yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Dia akur akan keperluan lesen perniagaan. Dia sendiri beberapa kali memohon. Namun jawapan yang diterima, permohonan ditolak. | Tatabahasa | 14.05.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH. | 1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
APAKAH PERKATAAN YANG SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERBUATAN TIDAK AKUR DENGAN SESUATU ARAHAN? CTH: LAPORAN KETIDAKAKURAN/KETAKURAN ARAHAN PENGGUBALAN | LAPORAN KETIDAKAKURAN ARAHAN PENGGUBALAN | Istilah | 10.10.2014 |
Sila lihat lampiran. Terima kasih. | Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 18.06.2012 |
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjung | Bumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat tersebut. | Makna | 15.03.2008 |
kami menulis buku....dan kami mahu DBP menerbitkan buku kami.....maka bagaimana caranya? ....apakah syarat-syaratnya? .....bagaimana prosedurnya? | Setiap buku yang diterbitkan oleh DBP perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu. Hanya yang sesuai, akur dengan dasar penerbitan DBP dan diluluskan oleh DBP akan diterbitkan. Bahan yang telah siap ditulis bolehlah dihantar kepada Pengarah Penerbitan DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 11.10.2008 |
Apa syarat2 yg perlu ada utk manuskrip saya diterbitkan oleh dbp? | Soalan ini terlalu umum. Syarat utama ialah manuskrip itu perlu diluluskan oleh DBP sebelum boleh diterbitkan. Manuskrip yang dihantar ke DBP hendaklah lengkap, iaitu ada bahan awalan; ada bahan teks (isi kandungan); dan ada bahan akhiran (jika berkaitan). Manuskrip itu juga perlu akur pada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dasar Penerbitan DBP. | Lain-lain | 22.03.2008 |