Assalamualaikum, Saya adalah salah seorang pelajar tahun akhir dalam jurusan Pendidikan Islam di Universiti Mohammad Al-khamis, Rabat,Morocco. Saya sedang membuat tesis akhir dalam bidang "Keajaiban Al-quran" dan dikehendaki untuk menterjemah sebuah buku dari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertajuk "Ilmu falak" edisi kedua oleh Baharuddin Zainal.Jadi saya ingin bertanya bolehkah saya mendapat keizinan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menterjemah buku tersebut dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Arab? | Assalamualaikum, Untuk tujuan tersebut saudara boleh menulis surat rasmi kepada Ketua Bahagian Hak Cipta, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel ke hashimah@dbp.gov.my. Terima kasih. | Lain-lain | 21.11.2008 |
Assalam.saya ingin mengetahui cara menulis petikan hadis dan ayat al-Quran dalam artikel atau buku ilmiah dengan betul. Sekian, terima kasih. | Penulisan petikan hendaklah menggunakan tanda petik " " pada awal dan akhir petikan termasuklah petikan daripada ayat al-Quran dan Hadis. Kami mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan tuan kerana terdapat masalah teknikal dalam hal ini. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 22.10.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan tanda petik dalam petikan hadis. Adakah penggunaan seperti berikut betul? Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a. berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, 'Solat pada waktunya.' ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, 'Berbuat baik kepada ibu bapa.' Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab, 'Jihad di jalan Allah.'"(Riwayat al-Bukhari). Untuk bahagian akhir ayat, di manakah kedudukan tanda petik tunggal? Adakah selepas tanda noktah atau sebelum tanda noktah? Terima kasih. | Teks hadis perlu merujuk kitab-kitab muktabar dalam bahasa Arab, contohnya Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i dan sebagainya. Rujukan hadis yang mengandungi nama perawi hadis hendaklah disertakan, manakala sumber rujukan hadis hendaklah mengikut kaedah penulisan takhrij hadith. Contoh rujukan hadis yang mengandungi nama perawi boleh ditulis dalam dua keadaan, iaitu: 1. 1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.” (Riwayat al-Bukhari) 2. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 278 – 291. | Tatabahasa | 09.12.2024 |
Apa maksud perkataan matan dalam ayat di bawah? "Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya." | Makna bagi kata "matan" yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1428) ialah: matan1 kata nama 1 naskhah asli, teks pidato, syarahan dan lain-lain: Manuskrip ini merupakan gabungan matan dan syarah tulisan tangan asli Syeikh Ahmad al-Fathani. Matan ilmu asing ini ditulis semula dalam bahasa ibunda. 2 nas yang terdapat pada akhir sanad; 3 erti atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya: Kira-kira begitulah matan ucapannya. Hadis yang keliru dari segi sanad atau matan mewujudkan perselisihan dalam kalangan ulama dan menyebabkan terhasilnya perbezaan fatwa. matan2 Kelantan kata adverba kira-kira atau lebih kurang. matan3 Minangkabau kata nama bahagian tengah kayu yang paling keras. Jadi, "matan" dalam ayat "... melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya" bermaksud mempunyai naskhah asli, mempunyai erti, nas atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya.
| Makna | 14.05.2024 |