Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Maha Mulia dan Sedia Mem­beri (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Karim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasihJawapannya ialah:

i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum)

ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar)

iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)


Ejaan21.09.2013
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. Tatabahasa20.10.2012
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010
Tuan/Puan, Saya berharap agar pihak tuan dapat (1)mencadangkan buku-buku yang berkenaan tatabahasa bahasa melayu, sejarah bahasa melayu dan juga sejarah kesusasteraan melayu. Hai ini demikian kerana saya sedang menjalani pengkajian tentang penjodoh bilangan BM. Dalam skop kajian saya, saya berharap dengan bantuan korpus yang dibekalkan oleh pihak tuan, saya dapat mangkaji masa wujudnya sesuatu penjodoh bilangan atau perubahan makna sesuatu kata sehingga berfungsi sebagai penjodoh bilangan.Tetapi pengetahuan saya tentang bahasa melayu terutamanya bahasa melayu kuno atao klasik adalah lemah. Dengan ini, saya berharap dapat melalui pembacaan dapat mengetahui bagaimana pakar bahasa membezakan bahasa kuno dan moden sehingga saya dapat mencari perbezaannya dari dua peringkat ini. (2)Soalan kedua adalah tentang translasi klasik melayu dan data yang dikumpul dalam korpus. Dalam pengetahuan saya, klasik melayu lama asalnya ditulis dengan tulisan Jawi. Saya tidak pasti sama ada dalam teks asal tersebut telah mengandungi penjodoh bilangan ataupun adalah akibat ditambah oleh penterjemah untu menyesuaikan nahu bahasa melayu standard. (3)Selain itu, karya yang dikumpul dalam korpus adalah edisi lengkap atau edisi ringkas? Bantuan pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Tuan/Puan boleh merujuk buku-buku seperti Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

   

Lain-lain24.05.2011
Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih.

Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya:

 

1. Untuk peringkat asas/permulaan:

  (a)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD)

oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

(b)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD)

oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

(c)   Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan)

(d)   Siri KIA2M

(e)   Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 

 

2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan:

(a)   Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently)

oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff

(b)   Perbualan Asas Bahasa Melayu

oleh Anwar Ridhwan

(c)   Bahasa Melayu untuk Penutur Asing

oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais

(d)   Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu

  oleh Amir Muslim

(e)   Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD)

oleh DBP dan Multimedia University

(f)   Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3

oleh Nik Safiah Karim et. al.

(g)   Nahu Melayu Mutakhir

oleh Asmah Hj. Omar

 

Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. 

Lain-lain29.04.2010

Kembali ke atas