Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ma.sih] | المسيح

Definisi : Nabi Isa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ma.sih] | المسيح

Definisi : ; Isa ~ Nabi Isa a.s. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Masih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih.Ejaan22.08.2011
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasihPerkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar.Tatabahasa11.04.2013
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Tuan diberkati Allah dalam semua urusan. Saya Zainuddin bin Abindinhazir dari UPSI Tanjung Malim berhajat mendapat buku Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi. Atlas Budaya Islam. (Terjemahan: Mohammad Redzuan Othman,…(et al.). Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. ISBN 983-62-2932-9. Masih ada lagikah stok buku tersebut. Sehubungan perkara ini, saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk saya memiliki buku berkenaan. Saya amat berbesar hati untuk mendapat makluman lanjut dari pihak Tuan berhubung perkara ini. Sekian. Terimakasih. Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Daripada: Zainuddin Abindinhazir 012-2126908 deen_r2007@yahoo.com Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Buku Atlas Budaya Islam yang tuan perlukan tidak ada lagi dalam stok Kedai Buku DBP. Buku ini ada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan untuk membuat rujukan tuan boleh berkunjung ke PDM di Tingkat 3, Menara DBP.Lain-lain26.10.2012
1. Adakah perkataan "semalam" masih relevan dalam ayat bahasa Melayu? 2. Perkataan "barangsiapa" dalam terjemahan al Quran betulkah dari segi makna dalam bahasa Melayu?Semalam bermakna satu malam, sepanjang malam atau hari sebelum hari ini; kelmarin. Perkataan ini masih digunakan dalam bahasa Melayu. Barang siapa boleh digunakan kerana kata ini bermaksud siapa-siapa atau orang yang tidak tentu.Makna06.02.2008
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya.Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data.Makna27.07.2007
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010
Apakah perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden?Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris.Makna11.06.2012
Assalamualaikum warahmatullah, Pertanyaaan berkenaan penggunaan "lain-lain hal" berdasarkan kaedah Hukum D-M, maka penggunaan yang betul ialah "hal-hal lain". Berdasarkan pengamatan saya hukum D-M dibuat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu, kaedah datang kemudian. Di sini, penggunaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab secara khususnya dalam kaedah ini, jika dilihat pada kaedah "mausuf sifat" di dalam bahasa Arab. Dalam perkara ini, orang Melayu juga menggunakkan penggunaan yang meluas dengan menghubungkan M dengan D, seperti contoh di atas, "lain-lain hal" dan perkara ini adalah biasa dan mengikut nahu yang betul di dalam bahasa Arab iaitu berdasarkan kaedah "idafat ul-sifat ila al-mausuf." Jadi apakah asas penentu dalam membuat dasar atau hukum seperti Hukum D-M ini? Dan adakah tiada ruang untuk mewujudkan "Hukum Penghubung M-D" agar ianya lebih mengkayakan lagi kaedah dan tidak wujud penyalahan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu yang telah meluas dan telah lama digunakan (mungkin boleh dibuat kajian dalam rujukan Melayu lama), hanya berdasarkan kaedah yang masih boleh diperluaskan. Moga Allah memberikan kebaikan kepada pihak tuan. wassalamHukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 376 - 377. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.Tatabahasa11.01.2013

Kembali ke atas