Ejaan AL-QURAN: Adakah al-Quran, Al-Quran, al-Qur'an atau Al-Qur'an. Ejaan AL-JAZARI: Adakah al-Jazari atau Al-Jazari? Terima kasih. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. | Ejaan | 21.05.2013 |
al-Quran atau Al-Quran | Ejaan yang betul ialah al-Quran. | Ejaan | 10.07.2012 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
al-Quran- a Huruf kecil /besar | al-Quran tapi kalau tajuk- Al-Quran | Ejaan | 23.06.2011 |
di dalam al-Quran atau dalam al-Quran.yang mana satu betul? | Frasa yang tepat ialah 'dalam al-Quran'. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
ayat-ayat suci al-Quran atau ayat-ayat suci Al-Quran? | Frasa yang betul ialah ayat-ayat suci al-Quran. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
1. di dalam atmosfera atau dalam atmosfera? 2. di dalam al-Quran atau dalam al-Quran? 3. Jasanya pada dunia atau jasanya kepada dunia? | Frasa yang betul ialah: 1. dalam atmosfera 2. dalam al-Quran 3. Jasanya kepada dunia | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Assalamualaikum,adakah ayat "Al-Quran itu adalah kalam Allah " betul, atau perlu tulis "Al-Quran itu adalah kalamullah". | Kedua-dua ayat tersebut betul kerana kalam Allah dan kalamullah sama maksudnya. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran; 3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
Yang mana lebih tepat: a) Tanda cintakan Allah ialah cintakan al-Quran b) Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran | Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Dalam ayat contoh yang diberi cintakan (cinta akan atau mencintai) ialah kata kerja dan tidak perlu didahului dengan kata pemeri. | Tatabahasa | 13.09.2011 |