Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan. | Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat. | Istilah | 20.04.2011 |