Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai. | Istilah | 29.12.2009 |
Perkataan 'hafiz' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud orang yang mengamalkan al-Quran. Adakah wujud istilah 'hafizah' bagi perempuan pula? | Dalam Kamus Dewan, hafiz bermaksud orang yang memelihara dan mengekalkan al-Quran dalam ingatannya. Tiada entri bagi hafizah, walau bagaimanapun telah difahami hafiz/hafizah (atau perkataan lain yang sama bentuk binaannya) mempunyai maksud yang sama, hanya berbeza gender. | Makna | 14.10.2017 |
Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain. | Makna | 11.10.2015 |
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Makna | 22.09.2014 |
Mohon bantuan: yang mana betul "menghafaz" atau "menghafal" ? Mohon beri contoh penggunaan yang betul bagi kedua-dua kata tersebut. Terima kasih | Dalam Kamus Dewan, edisi keempat, menghafaz membawa maksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran). Ayat contoh: Waktu umurnya 10 tahun, dia sudah menghafaz al-Quran. Menghafal pula bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan. Ayat contoh: Setiap hari dia bertubi-tubi menghafal nama teknikal yang begitu rumit. | Makna | 25.07.2012 |