Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.lai.kum] | عليکم

Definisi : Ar atasmu, padamu, bagimu; ~ assalam, assalamu~ damai atau kesejahteraan padamu (sekalian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alaikum

Puisi
 

Salam-salam wa alaikum salam,
     Sirih dilipat dengan di dalam;
Apa jua khabar bunga di kolam,
     Pucuk menelek akar di dalam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Non-Sports Intrastate Internet Gambling"? Adakah "Petaruhan Bukan Sukan Antara Negeri Internet " atau "Petaruhan Internet Antara Negeri Bukan Sukan"? Adakah terdapat susunan/peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Saudari,

Terjemahan yang betul bagi perkataan "Non-Sports Intrastate Internet Gambling" ialah Perjudian Internet bukan sukan dalam negeri. Tidak terdapat susunan atau peraturan tertentu apabila terdapat lebih daripada satu adjektif dalam satu frasa kerana penterjemahan frasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu memerlukan kepekaan dan rujukan yang meluas, lebih-lebih lagi jika sesuatu frasa itu bersifat idiomatik, seperti klise, peribahasa, slanga dan ungkapan umum.
Makna13.07.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "board rate" yang digunakan oleh bank (contoh di https://www.cimb.com.my/en/business/help-and-support/rates-charges/interest-rates-charges/interest-rates/fixed-deposit.html)? Jawapan Google Translate ialah "kadar papan"; adakah ianya betul? Terima kasih.Cadangan padanan yang sesuai bagi board rate ialah kadar niagaLain-lain02.07.2020
Assalamu'alaikum, ejaan pilihan raya umum atau Pilihan Raya Umum, atau Pilihannya Umum, mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum".
Tatabahasa08.06.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membuat susulan akan soalan yang saya ajukan di portal ini pada 28 April 2020. Soalan tersebut masih lagi berstatus "Dalam Proses" manakala soalan-soalan lain yang diajukan pada tarikh terkemudian telah pun dijawab dan berstatus selesai. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami cari padanan dalam bahasa Melayu.Istilah15.05.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami berikan padanan istilah dalam bahasa Melayu.Istilah28.04.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”.

Istilah12.05.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk perkataan "honoured" dalam konteks ayat berikut? "We will not be made responsible if the card transaction is not accepted or honoured by any merchant." Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "honoured" ialah diperakui. Namun begitu, padanan perkataan yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan ayat.

Makna29.04.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk ayat berikut: "These terms and conditions are to be read together with applicable laws, rules and regulations."? Saya tidak pasti apakah terjemahan yang betul untuk membezakan antara "laws", "rules" dan "regulations". Terima kasih.

“Law” bermaksud undang-undang, peraturan atau hukum manakala, “rules”  bermaksud peraturan. “Regulation” pula bermaksud pengawalan atau peraturan. Ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kami mencadangkan ayat “Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama-sama undang-undang yang digunakan, peraturan dan pengawalan” atau “Terma dan syarat ini akan dibaca bersama-sama undang-undang, peraturan dan pengawalan yang digunakan” sebagai padanan bagi terjemahan "These terms and conditions are to be read together with applicable laws, rules and regulations”.

Penyemakan dan penterjemahan29.04.2020
Assalaamu'alaikum, Tuan Dewan Bahasa, saya nak tanya, boleh tak saya minta tolong translate dari pada bahasa inggris ke bahasa Melayu, Mohon petunjuk Tuan, saya nak translate abtrak Thesis about 500 kata saja, Terimakasih, hanafi

Khidmat Nasihat Bahasa  hanya menawarkan khidmat menyemak penggunaan bahasa misalnya dalam penulisan iklan, dokumen rasmi seperti surat, memo dan minit mesyuarat. Khidmat menyemak bahasa dalam tesis tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Pihak kami mencadangkan tuan melayari laman web PRPM  untuk apa-apa rujukan bahasa termasuklah makna perkataan dan ejaan yang setepatnya.

Lain-lain22.04.2020
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih.1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد
2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد
3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد
Ejaan13.12.2019
12345678910...

Kembali ke atas