Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya bertanya ada tak atau apakah makna "kepercayaan alam ghaib" atau "supernatural belief" menurut Dewab Bahasa dan Pustaka. Kalau tiada apakah maksud "supernatural belief" dalam Bahasa Melayu?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa kepercayaan alam ghaib boleh ditakrifkan sebagai mempercayai, meyakini, atau menerima alam ghaib sebagai benar. Alam ghaib ditakrifkan sebagai alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia (Kamus Pelajar). Takrif yang diberikan ini merupakan takrif dalam bahasa Melayu. Anda boleh membuat kajian melalui buku-buku sekiranya ingin mengetahui kepercayaan ghaib orang/bangsa Melayu.Makna27.07.2018
MAKSUD PERKATAAN KASYAFKasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.Makna23.06.2009
Saya sedang membuat terjemahan buku cerita bahasa Inggeris bertajuk Alice in Wonderland. Apabila diterjemahkan, tajuk buku itu akan menjadi Alice di Alam Ghaib. Soalan saya, bagaimanakah pembahagian suku kata untuk perkataan Alice itu?

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata)  dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Lazimnya pemenggalan suku kata perkataan dalam bahasa Melayu sahaja.  

Tatabahasa12.09.2018
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017

Kembali ke atas