| Yang manakah ayat aktif /ayat pasif? ~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata. | Semua contoh ayat tersebut ialah ayat aktif a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. (Ayat Aktif Transitif) b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. (Ayat Akti tak Transitif) c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.(Ayat Aktif Tak Transitif) | Tatabahasa | 05.05.2018 |
| Salam Tuan, bolehkah kita menggunakan perkataan bahasa Melayu "fantastik" terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris "fantastic". Dan apakah contoh konteksnya? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, ‘fantastik’ mempunyai dua maksud, iaitu 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan. | Tatabahasa | 19.10.2014 |
| 1. Apakah rangkai kata yang sesuai untuk menggantikan 'puzzle"? 2.Apakah pola ayat ini?t ~a. Buku itu saya beli. ~b. Jam tangan itu mahal harganya. 3. Apakah jenis ayat ini?~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata. | Menurut Kamus Dewan, padanan bahasa Melayu bagi perkataan “puzzle” ialah teka-teki atau mainan teka-teki. Selain itu, ia juga bermaksud bingung, kebingungan; membingungkan dan juga memikir-mikirkan: Pola ayat (a) Frasa nama + Frasa kerja Pola ayat (b) Frasa nama + Frasa adjektif Untuk makluman Tuan/Puan, Jenis Ayat terdiri daripada empat, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Ketiga-tiga jenis ayat yang dikemukakan ialah (a) Ayat Penyata, (b) Ayat Penyata ( c) Ayat Penyata
| Tatabahasa | 23.04.2018 |