Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung )1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif.Tatabahasa20.04.2009
Seperti berkepil.1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari.Makna27.12.2006
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas
2. Warm glow  - Sinaran Hangat/Panas
3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin
4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat
5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat
6. Governing law -  Undang-Undang Pemerintah
7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir
Terima kasih.
Makna04.09.2020
Apakah terjemahan bagi perkataan 'Mother Earth' dalam Bahasa Malaysia?Cadangan terjemahan bagi Mother Earth ialah Alam Semula Jadi.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2022
Perkataan Tuhan dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf besar atau kecil? Orang Tamil percaya Tuhan wujud dalam semua unsur alam semula jadi.

Perkataan Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa perlu dieja huruf besar pada huruf pertama, manakala ejaan tuhan dengan huruf kecil pada huruf pertama ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2414.


Tatabahasa25.11.2024
adakah perkataan ekolancong dan apa maksudnya terima kasih

Ekolancong atau ekopelancongan ialah pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt flora, fauna, pantai, tasik dan sungai. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Makna31.03.2010
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. 1. Apakah perbezaan antara tertarik oleh dan tertarik dengan ? 2. Pelancong asing itu tertarik oleh keindahan alam semula jadi Malaysia. Adakah ayat ini betul ?

Kedua-kedua kata tersebut adalah kata sendi nama. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 'oleh' menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Dalam konteks ini, tertarik oleh lebih sesuai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 283.

Tatabahasa05.09.2008
Apakah terjemahan perkataan "nature life guard"?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi nature life-guard ialah anggota penyelamat alam semula jadi.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2024
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
Bagi perkataan 'alam semulajadi', adakah 'semulajadi' itu satu atau dua perkataan?Ejaan yang betul ialah alam semula jadi.Ejaan20.12.2011
1234

Kembali ke atas