Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SILA BAGI TERJEMAHAN 'ALAMAT TETAP' DAN 'ALAMAT KORESPONDEN' YANG ADA DI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA

alamat tetap - permanent address/fixed address

alamat koresponden - correspondence address

Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk correspondence address ialah alamat surat-menyurat bukan alamat koresponden.

Istilah31.01.2011
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya?Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain25.02.2009
Saya hendak bertanya alamat untuk menghantar borang jawatan kosongHantarkan permohonan sdr ke alamat seperti yang berikut: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. (u.p.: Pengurus Personel) Untuk makluman sdr, alamat tersebut ada dicetak di dalam iklan dan di sebelah belakang borang permohonan.Lain-lain06.09.2007
-SILA PERGI KE ALAMAT G12 UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN? TUAN, AYAT DI ATAS INGIN MENUNJUKKAN KEPADA SSUATU ARAHAN.ADAKAH AYAT INI MUDAH DIFAHAMI??Ayat "SILA PERGI KE ALAMAT G12"  tidak jelas. Adakah G12 merupakan alamat atau nombor lot kedai atau lain-lain? Ayat "UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa31.05.2012
ke alamat email yang mana saya perlu hantar lakaran papan iklan saya untuk tujuan mendapatkan pengesahan bahasa,memandangkan tiada ikon email di dalam lampiran permohonan(papan iklan saya diambil gambar menggunakan android)tqSila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, klik e-perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikut panduan dalam domain tersebut.Lain-lain29.05.2013
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya.Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412.Badan Penulis28.01.2011
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4)

Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Lain-lain04.08.2010
adakah alamat saya penting untuk sebarang penggunaan laman web ini

Alamat tidak wajib diisi kecuali nama dan e-mel tuan untuk tujuan perekodan dan pengesahan diri serta memudahkan pihak kami untuk menghubungi pihak tuan sekiranya ada sebarang persoalan.

Lain-lain05.01.2011
Sekiranya kita mahu memasukkan alamat halaman sesawang (website) pada text, bagaimanakah penulisannya. Perlukah diitalikkan alamat website itu? Contoh ayat: Dia banyak merujuk www.dbp.gov.my bagi mendapatkan informasi yang tepat.Tidak perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan10.10.2011
salam,.bolehkah pihak tuan/puan berikan saya alamat penuh bahagian penerbitan karya..tq

Sdr boleh menghubungi alamat berikut:

Penerbitan buku dalam bidang Agama Islam,  Sains Sosial dan Kemanusiaan, atau Sains dan Teknologi:

Ketua Editor Bahagian Buku Umum,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

 

Penerbitan buku dalam bidang Bahasa:

Ketua Editor  Bahagian Buku Bahasa,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku dalam bidang Sastera:

Ketua Editor  Bahagian Buku Sastera,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku Kanak-kanak dan Remaja:

Ketua Editor  Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku peringkat Sekolah:

Ketua Editor  Bahagian Buku Sekolah,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

 

Penerbitan karya untuk Majalah:

Ketua Editor  Bahagian Majalah,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

 

Sdr juga boleh melayari laman sesawang DBP untuk bagi mendapatkan alamat e-mel dan no. telefon bagi menghubungi Ketua-ketua Editor yang berkenaan.

Lain-lain16.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas