| Alat tulis-alat tulis =alat-alat tulis? ? | Jawapan ialah alat-alat tulis kerana penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
| Bolehkah alat tulis digandakan menjadi alat-alat tulis? Atau alat tulis sudah memadai kerana sudah membawa makna jamak? | Perkataan "alat tulis" boleh digandakan menjadi "alat-alat tulis". Namun, memadai ditulis "alat tulis" sahaja kerana perkataan "alat" telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
| Salam sejahtera tuan, bolehkah saya tanya bentuk jawaban “alat-alat tulis” adalah betul atau salah? Adakah alat tulis sudah membawa maksud jamak oleh sebab itu “alat-alat tulis” merupakan bentuk jawaban yang salah? Terima kasih | Perkataan “alat-alat tulis” merupakan penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Namun, penggunaan perkataan “alat tulis” sahaja adalah betul kerana perkataan tersebut boleh menunjukkan satu atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 74 | Tatabahasa | 29.05.2026 |
| Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih | Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya. | Lain-lain | 18.05.2026 |
| 1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih. | Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
| Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya? | Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
| saya keliru tentang perkataan 'alat tulis'...manakah yang betul. 'Alat tulis' atau 'Alatulis'...TK | Ejaan yang betul ialah "alat tulis". | Ejaan | 12.08.2011 |
| Perkataan alat tulis dieja secara rapat ataupun jarak | Perkataan alat tulis dieja jarak. Rujukan: Kamus Dewan Perdana. | Ejaan | 17.05.2023 |
| saya nak tahu ejaan bagi "alat tulis" perlu didekatkan atau dijauhkan? | Ejaan yang betul ialah alat tulis. | Ejaan | 05.12.2012 |
| Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang. | Tatabahasa | 20.02.2011 |