Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan mengenai istilah yang tepat untuk digunakan dalam bidang pertanian. Istilah yang mana yang tepat digunakan antara ini: alat membajak, alatan membajak, alat pembajakan, alatan pembajakan, alat pembajak, alatan pembajak? Terima kasih. | Untuk makluman, membajak bermaksud menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala atau meluku. Pembajakan merupakan perbuatan membajak atau penenggalaan. Pembajak pula bermaksud alat untuk membajak atau tenggala. Manakala, alat dan alatan membawa maksud yang sama, iaitu peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah alat membajak dan alatan membajak. | Makna | 02.06.2020 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Adakah perkataan gejek sesuai digunakan untuk menggambarkan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat di rumah? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih sesuai? | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "gejek" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 15.02.2017 |
Saya ada merujuki Kamus Dewan, tiada perkataan gajet atau gejet. Apakah ejaan dan perkataan yang sesuai digunakan untuk peralatan yang diperbuat daripada buluh yang biasa dibuat semasa perkhemahan? | Tidak ada istilah gajet (atau gejet), yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu) termasuklah alat yang saudara maksudkan (diperbuat daripada buluh). | Istilah | 17.03.2009 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih. | 1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan. 2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device. 3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas. | Istilah | 06.11.2019 |