Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lé.go.ri] | اليݢوري

Definisi : (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yg menggunakan watak, peristiwa dll sbg lambang utk menerangkan (menyampaikan) sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah ~ yg dipilih utk dibicara­kan sbg satu pengenalan kpd karya sufi; mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alegori


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. PENGERTIAN/MAKNA ALEGORI. 2. LIMA ATAU LEBIH CONTOH ALEGORI DALAM SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR SERTA MAKSUD ALEGORI TERSEBUT. 3. SENARAI NAMA BUKU YANG ADA MENGHURAIKAN TENTANG ALEGORI.Alegori ialah sesuatu karya (cerita, puisi,dll) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain-lain sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan) sesuatu dengan lebih mendalam. Contoh, cerita dalam kitab Mantiq al- Tair.Makna21.02.2008
BEZA ANTARA ALEGORI DENGAN METAFORA. HARAP BERI CONTOH SETIAP SATU. SUKAR UNTUK MEMAHAMI ANTARA KEDUANYA. TERIMA KASIH.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat alegori bermaksud sesuatu karya (cerita,puisi) yang menggunakan watak, peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan)sesuatu yang lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi.

Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan): pembentukan ungkapan yang bersifat metafora.

 

Makna25.02.2008
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006

Kembali ke atas