Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang kesalahan pada papan tanda premis perniagaan yang saya dapat kenal pasti. Antaranya: 1)Perabut Rejek/Terpakai 2)Keropok Leko 3)Pusat Pakaian Alfa Boutique's Collection 4)Ikan Bakar Special | Struktur tatabahasa yang betul dalam papan tanda perniagaan ialah: a. Kedai Perabot Terpakai b. Kedai Keropok Lekor c. Pusat Pakaian ( DBP tidak berkuasa untuk mengubah nama kedai yang telah didaftarkan seperti ALFA BOUTIQUE'S COLECTION) d. Kedai Ikan Bakar Istimewa | Tatabahasa | 22.04.2014 |
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi `alpha' dalam konteks ayat ini: "Semasa hendak tidur, minda anda berada pada tahap alpha. Dalam keadaan alpha, anda mengalami aliran pemikiran yang hebat untk menjana idea dan kreativiti. Apakah sesuai diganti ejaannya dengan `alfa' atau dikekalkan `alpha'? Telah disemak dalam `Kamus Dewan ' dan `Kamus Inggeris-Melayu Dewan' tetapi tiada terjemahan yang tepat. | Tuan boleh menggunakan ejaan "alfa" bagi istilah "alpha". Terima kasih. | Istilah | 12.06.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu padanan paling tepat bagi istilah 'alpha users' - merujuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan tarikan idea tertentu dan mungkin menyebarkannya. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "alpha users". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengguna alfa. | Istilah | 01.04.2013 |