Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ling] | اليڠ

Definisi : ; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk menutup (melin­dungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~ melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi); tedeng ~ sesuatu yg di­pakai utk menutup maksud (perbuatan) yg kurang baik; mengalingi menutup supaya jangan kelihat­an: induk ayam itu ~ anaknya supaya jangan disambar helang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ling] | اليڠ

Definisi : ; ulang-~; ® ulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, kehidupan saya terolang-aling semenjak kematian ibu bapa saya. adakah terolag-aling sesuai digunakan dalam ayat ini? tqOlang-aling bermaksud bergerak atau ber­ayun ke kiri ke kanan lazimnya dikaitkan dengan perahu yang dipukul ombak. Oleh itu, perkataan terolang-aling tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.01.2012
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
Manakah betul? olang-oleng atau olang-aling?Yang betul ialah olang-aling,oleng-olengEjaan19.11.2006
Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara.Tatabahasa08.07.2013
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012

Kembali ke atas