Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera. | Saudara yang dihormati, Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional. Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya. Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya. Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna, antaranya ialah buku Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006). Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan. Salam takzim. | Lain-lain | 15.10.2010 |
definisi dasar sekolah satu aliran | Secara amnya sekolah satu aliran merujuk kepada hanya satu sistem pendidikan dilaksanakan bagi sistem sekolah di Malaysia atau di negara lain. Isu ini banyak dibincangkan dalam media massa dan artikel mengenai sekolah satu aliran juga banyak disiarkan dalam akhbar. Untuk maklumat lanjut dan terperinci, sila rujuk artikel yang berkaitan. | Makna | 23.01.2011 |
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI. | Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut. | Lain-lain | 02.05.2007 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Apakah maksud "Bahasa Romantik" mengikut pandangan para sarjana dan apakah ciri-ciri bahasa romantik yang terdapat dalam teks klasik contohnya Hikayat Jauhar Manikam karya Mohd Tajri b. Abu Yamin. | Romantika atau dalam penggunaan umum romantik bermaksud memberikan suasana (gambaran dan sebagainya) seperti yang terdapat dalam cerita roman (percintaan dan lain-lain); dan bahasa romantik ialah pengucapan/penulisan yang memperlihatkan memperlihatkan suasana yang penuh dengan kasih sayang, keindahan dan kemesraan seperti dalam alam percintaan. Untuk mencari maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti: buku Aliran-aliran klasik, romantik dan realisma dalam kesusasteraan, | terbitan Pustaka Jaya, | tahun 1972. | Makna | 26.11.2010 |
kelebihan aliran transformasi genaratif | Menurut Teori TG (Transformasi generatif ) yang telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sasuatu bahasa. Untuk membantu saudara mendapatkan kelebihan terperinci aliran transformasi generatif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 19. | Tatabahasa | 06.03.2007 |
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIH | Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |