Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan pemelajaran dengan pembelajaran? yang manakah yang betul?Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris. Manakala pembelajaran pula ialah perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. Kedua-duanya boleh digunakan bergantung konteks ayat.Makna17.08.2010
Adakah pembelajaran dan pemalajaran mendukung makna yang sama?Sdr. pembelajaran membawa makna proses (kegiatan) belajar manakala pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran InggerisTatabahasa31.10.2007
Mohon penjelasan penggunaan kata pembelajaran dan pemelalajaran. Yang manakah betul?Pembelajaran proses (kegiatan) belajar; manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari. Cth: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris.Makna15.10.2009
Bagaimana menjelaskan penggunaan "pembelajaran " dan "pemelajaran". Dalam situasi mana penggunaan perkatan tersebut boleh digunakan dengan tepat. Terima kasih.pembelajaran proses (kegiatan) belajar; manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran InggerisTatabahasa17.10.2007
1. Apakah halangan-halangan atau kesalahan dalam menggunakan kata singkatan diri seperti ku, kau, dan mu? 2. Kenapa pemelajaran dan bukannya pembelajaran?

Encik Abdul Razaka terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris ;manakala pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar;

Sebenarnya tidak ada halangan dan kesalahan penggunaan singkatan diri seperti ku, kau, dan mu cuma singkatan ini lebih banayak digunakan dalam penulisan sastera dan kata bual. Terima kasih.

Tatabahasa10.06.2009
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ?1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan.Makna21.01.2010

Kembali ke atas