Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar algebra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aljabar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya.

Salam sejahtera,

Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah.

1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.  Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan  prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis.

2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke  semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip.

Lain-lain18.10.2011
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih.Cadangan kami: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah ungkapan yang terdiri daripada simbol dan operasi aljabar.Lain-lain14.06.2017
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022

Kembali ke atas